Thursday, April 20, 2017

Urus Wang

Baru cerita Takaful, asas urus wang. Belum cerita pelaburan. Maka, jangan cerita mengenai siapa pegang ekonomi.

Sunday, April 16, 2017

Distance

Should know your stand and keep the distance. Give the respect.

Doa dari kejauhan.
Demi kebaikan.

Tuesday, April 11, 2017

Minyak angin + Perfume

Keke. Harini saya lumurkan badan dengan minyak urut Nona Roguy. Tau la bau minyak camane. Kemudian dah siap2 nak keluar rumah, sembur minyak wangi pulak.

Rasanya camane bau dia eh?
Hahaha.

Teman mak mertua dan Abah

Harini kami suami isteri ke HKL. Suami teman mak mertua, saya teman abah.

Bila duduk hospital, macam2 ragam orang. Terutama warga tua. Kesiannya.

Bila tengok warga tua yang ke hospital tanpa ditemani siapa2, alahai sayu pulak hati ni.

Memang kesian. Dengan nak handle diri sendiri lagi, nak faham apa doktor cakap lagi.

Allahu. Saya berharap sangat saya boleh teman mak ayah saya dan mak ayah mertua setiap kali mereka ke hospital. Semoga Allah memudahkan urusan mereka.

Tuesday, October 18, 2016

Gotcha Nite

I've got new fulltime friend. Introducing Zaty and hanif also from Melaka Agency.
Ni mama angkat kami di KL. Mama Ira ( Tudung biru)
She also my senior from KYM.
He is somebody. Pernah menjawat jawatan Peguam, Pegawai Khas Menteri2, Pengurus Besar Naza and so many more. Woi, respect ini bro. Kalau orang yang berjawatan besar boleh turun buat kerja sales, ape kes ko Shikin? Wake up girl.
He shares his vision. Dan aku terpegun beb. 

Friday, October 14, 2016

Kisah Keperitan Helang.

Add caption

Hari ni, Bos Yazik ceritakan kisah motivasi dari kisah Helang yang hebat berdasarkan kisah benar.

Hayat seekor Helang boleh menjangkau sehingga ke 70 tahun.
Kepantasan, ketajaman dan agresif nya Helang adalah sehingga umurnya 40 tahun.

Pada hayat 40 tahun, kukunya mula tumpul, paruhnya mula membengkok dan tidak lagi tajam serta bulunya juga semakin lebat.

Bila begini keadaanya, Helang tidak mampu lagi terbang setinggi dulu. Dalam jarak yang rendah, helang tidak mampu untuk melihat rezekinya dengan baik. Kemampuan Helang untuk menangkap mangsanya juga sudah tidak secekap dahulu. Kukunya tidak mampu memberi cengkaman yang baik dan mangsanya sering terlepas dari genggaman. Selain itu paruhnya juga sudah tidak setajam dulu. Helang tidak mampu lagi untuk mematuk mangsanya.

Untuk survive, helang akan memasuki gua untuk kembalikan keagresifannya.

Di dalam gua itu, Helang akan bermula dengan paruhnya. Paruhnya akan diketuk ke dinding gua sehinga pendek. Selama 30 hari helang akan berada di dalam gua dan tidak makan. Paruh baru yang tajam akan mula muncul selepas 30 hari. 

Setelah itu helang mula mencabut bulunya. Bulunya yang tebal dicabut untuk memastikan dia boleh kembali terbang setinggi dulu. 

Adegan berdarah ini tidak berakhir di situ.

Kemudian, dicabutnya pula kukunya untuk mendapatkan kuku yang tajam yang baru supaya dia mampu mencengkam semula.

Helang hebat yang baru yang berpengalaman sudah muncul. Kembalinya dia adalah lebih baik daripada helang yang baru.

Kisah berdarah di atas adalah kisah survival.

Kejayaan itu datang bersama peluh usaha. Sentiasa tajam memikirkan cara.

Selamat Berusaha dan berjuang. 

Perjuangan tamat seiring hela nafas terakhir. 

Thursday, October 13, 2016

FEAR

Apabila melihat lautan, aku menyelam perasaan sendiri.
Ye. Aku takut laut. Maksudnya aku takut berada di dalam lautan.
Kerana aku takut lemas. Aku tak pasti berapa dalamnya lautan ini.
Aku tak tahu bila saat yang kaki aku tidak lagi menjejak pasir pantai dan tenggelam.
Aku takut dihanyutkan ombak.
Aku takut juga haiwan2 yang ada di dalam lautan yang boleh mengancam aku.
Namun, aku suka kan lautan. Tersangat suka. Dan aku pasti aku suka mandi laut.
Ketakutan2 aku yang aku sebut kat atas ni sebenarnye mampu hilang. Aku sudah pun kenal pasti apa yang menakutkan aku. Jadi boleh aku overcome satu persatu dengan tindakan.
Sama saja ketakutan ini dalam mana2 bahagian dalam kehidupan kita.
Bila kita tahu dan ambil tahu apa yang kita takutkan, kita sepatutnya fikirkan apa pelan2 tindakan untuk conquer perasaan takut tu.
Dan lastly kena usaha buat tindakan tersebut.
hehe. Ok shikin. Good girl.