Tuesday, July 31, 2012

Hanya DIA

Bismillah

Tika dikau rebah kecewa
dan lemas di lautan air mata
hanya DIA  yang  mendakap mu
membelai jiwa pilumu

PERBEZAANNYA

Bismillah

HORMAT BUKAN MENYEMBAH

TQ

Sunday, July 29, 2012

Expect Unexpected

Bismillah,

Setelah diperdengarkan berita tersebut, terus air mata mengalir.
hihihi...itupun nak nangis. apelah.
Selagi masa belum tiba, sebelum saat belum berdetik,
Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa.
Semoga apa yang dirancangkan berlaku sempurna,selamat dan berkat.

Terkadang manusia terlalu leka dengan rasa risau.
Sedang rezeki itu telah tertulis di Sana.
Banyakkan syukur agar ditambahkan nikmat.

Semoga dimurahkan rezeki dan keluarga ku.
Dugaan hanya sebagai penguat semangat dan keyakinan.

Percaya dan Yakinlah!!

Kekuatan Hawa

Bismillah

Disebalik kelembutannya
terselit kekuatannya
yang tak terbanding jelas
begitu wajah diciptanya setiap hawa
dihatinya adanya kasih
seluas nya samudera
yang terbanding jelas
hujung dasarnya
itulah cinta dari syurga

Friday, July 27, 2012

Air zam-zam

Bismillah,

Nak cerita ni,
Pagi tadi sahur minum air zam-zam.
Perubahan ketara tak rasa penat. Bestnye.

Saya punya azam nak mengamalkan meminum air zam-zam.
Sebulan akan beli 3botol 10L tu.
1botol utk sendiri minum.(sendiri bayar)
1botol utk rumah ma Abah (sendiri bayar)
1botol utk suami minum. (ni cerita lepas kahwin ye) (suami bayar sendiri)
(you tak boleh minum air zam-zam yang i punye) you kena beli sendiri.hahahhahah)
1botol utk rumah mak ayah. (ni pun cerita lepas kahwin)( suami bayar jugak)

kan jimat tu...

kalu 10L bahagi 30 hari boleh minum sehari dalam 300ml aje....hurmmm
sikit aje...takpelah..atleast ada jugak lah kan.
nnt ada lebih beli lebih sikit.

best la...rugi tak minum zam-zam.
sedap, segar dan halus.
tekak ni jadi demand bile dah pekena zam-zam.
dah tak pandang air masak biasa.
sebenarnye saya mmg tak suka air masak.
tak sedap!! sebab tu badan ni kurang air putih.
kesian kat badan i ni....

ok badan nnt i beli air mahal utk you yang penting sedap dan segar bugar penuh khasiat dan istimewa.
amacam!! power tak i promote....nni bukan tipu punye la...

Thursday, July 26, 2012

Tahan sikit ye :)

Bismillah

Memanglah tidak MUDAH
Tapi tidaklah SUSAH
hendaklah TABAH
INSYAALLAH mendapat FAEDAH...

hehehhehe..mcm ada bunyi2x pantun silat cekak je pulak

peace :)

Penghijrahan

Bismillah,

Harini nak bercerita mengenai video yang ditonton harini. Mengenai perkenalan Irma Hasmie dan Redza Syah. Kenapa semua orang sibuk-sibuk cerita pasal Irma ni. Pada saya kerana Irma tu comel..hehehe..taklah..adalah sebab lain kenapa saya mengikuti kisah-kisah Irma ni.

Bukan kerana taksub kepada Artis ye. Saya sendiri melihat bagaimana insan yang cuba berubah untuk kebaikan dan merasai nikmatnya iman. Opss cakap bab iman pulak. 
Tapi betullah, berubahlah kalau nak merasa. Sedang alim ulama pun sentiasa memperbaharui imannya. 
Saya suka dengan ungkapan berikut :
'Jangan lah kita rasa kita lebih baik dari orang lain, kerana yang kita boleh buat baik pun Dia bagi'...
~almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad~
Setiap saat pastikan kita tidak perasan. Bersederhana dan ingat tiada apa pun milik kita. Semua pulangkan kepadaNya.
Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Cerita semalam jadikan pedoman dan ingatan serta jangan diulang. Sungguh Dia Maha Berkuasa lagi Maha Pengasih dan Penyayang lagi Maha Pengampun.
Demi Masa! 
Jangan kita berada dalam golongan yang rugi. 
Setiap masa kita diuji.
Sentiasa sabar dan tabahkan hati
Semoga kita SELAMAT mengakhiri.....
:) 

Hujan Batu

Bismillah...

Teringat suatu ketika kami sekeluarga pulang dari Kedah menuju ke Kuala Lumpur, mengalami hujan batu.
Perasaan pada ketika itu bercampur-baur. Seronok, teruja, sedih dan takut juga.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Bayang selama berapa tahun hidup tak pernah tengok pula ketul ais jatuh dari langit dengan lebat. Takut lah juga. Takut pecah pulak cermin kereta.

Masa tu tak tau nak buat apa. Rasa mcm teringin pula nak buka tingkap pastu nak tau mcmana la ais dari langit. Tapi kena marah pulak dengan abah. Yelah kan tgh banyak kereta. Jammed sbb orang berhenti kiri jalan tadah ais tu.

Dari dalam kereta boleh tengok ais bertaburan tepi jalan. boleh imagine tak?

Seronok sangat. Sebab dah tak tau nak buat apa dengan perasaan teruja tu, aku pun berdoa sepanjang hujan.

Pengalaman yang sangat manis!!

Wednesday, July 25, 2012

Qasidah Muhammadiyah


Bismillah,

Qasidah yang Syahdu...
Kredit kepada Muhammad Khairi

Qasidah Muhammadiyah


محمد أشرف الأعراب والعجم
محمد خيـــــــر من يمشي على قــــدم
Nabi Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan ‘Ajam
Nabi Muhammad lah sebaik-baik manusia , berjalan di bumi ini


محمــد باسط المعروف جامعه
محمـــــد صاحب الإحســان والكــــرم
Nabi Muhammad adalah luas kebaikannya, dialah pengumpulnya
Nabi Muhammad lah penghulu kebaikan dan kemuliaan


محمــد تاج رسل الله قاطبــــة
محمـــــــد صــــــادق الأقوال والكلـــم
Nabi Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah, seluruhnya
Nabi Muhammad adalah benar pada kata-katanya


محمــــــد ثابت الميثاق حافظــه
محمـــــــد طيــب الأخــلاق والشيــــم
Nabi Muhammad adalah tetap pada janjinya
Nabi Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya


محمـــد رُوِيَت بالنور طينتُــــهُ
محمــــد لم يــــزل نــــــوراً من القِدم
Nabi Muhammad, tanah semadinya disirami dengan Nur
Nabi Muhammad, dia masih bercahaya, semenjak azali


محمــــد حاكم بالعدل ذو شرفٍ
محمـــــد معــــدن الإنعام والحكــــــم
Nabi Muhammad seorang hakim yang adil, punya kemuliaan
Nabi Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah


محمد خير خلق الله من مضـــــر
محمــــد خيـــر رســـــل الله كلهـــــم
Nabi Muhammad adalah semulia-mulia makhluk Allah, dari kaum Mudhar
Nabi Muhammad itulah semulia-mulia Rasul Allah, seluruhnya


محمــــــد دينه حـــق نديـــن بـــه
محمــــــــد مجمــــلاً حقاً على علــــم
Nabi Muhammad, agamanya adalah kebenaran, yang kita anuti,
Nabi Muhammad, adalah kebenaran, sebenar-benarnya


محمـــد ذكـــره روح لأنفسنــــــــا
محمد شكره فــــرض على الأمــــم
Nabi Muhammad, mengingatinya adalah seperti ruh bagi kita,
Nabi Muhammad, wajib kita berterima kasih padanya


محمد زينة الدنيا وبهجتهـــــــــــا
محمــــــــد كاشــــــف الغمات والظلم
Nabi Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya,
Nabi Muhammad, ibarat penghapus duka dan kegelapan


محمــــد سيـــــــد طابت مناقبـــــهُ
محمــــد صاغه الرحمــــــن بالنعـــــم
Nabi Muhammad , penghulu, yang suci perbuatannya
Nabi Muhammad, diberikan sebaik-baik nikmat oleh Allah


محمــــد صفـــوة الباري وخيرتـــــه
محمــــد طاهـــــــر من سائر التهـــم
Nabi Muhammad , adalah insan pilihan Allah, sebaik-baik makhluk
Nabi Muhammad, adalah suci daripada segala tohmahan


محمـــد ضاحــــك للضيف مكرمــــه
محمـــــــــد جـــــــاره والله لم يضـــم
Nabi Muhammad, tersenyum buat tetamunya, bahkan memuliakannya
Nabi Muhammad , jirannya – demi Allah – tidak dizalimi


محمــــد طابـــــت الدنيــــا ببعثتــــه
محمـــــد جـــاء بالآيـــات والحكـــــــم
Nabi Muhammad, alangkah indahnya dunia dengan kehadirannya
Nabi Muhammad, telah datang dengan mukjizat (ayat) dan hikmah-hikmah


محمــــد يـــوم بعث النــــاس شافعنــــا
محمـــــــد نوره الهــــادي من الظلــــم
Nabi Muhammad, kelak di hari kebangkitan, dialah pemberi syafaat kita (umatnya)
Nabi Muhammad , nurnya ibarat penyuluh hidayah, dari kegelapan


محمــــــــد قائـــــــــــم لله ذو همـــــــــم
محمـــــــد خاتـــــــم للرســــــل كلهــــم
Nabi Muhammad , tidak putus-putus menghadap Allah, dengan penuh harapan,
Nabi Muhammad adalah penamat sekalian Rasul Allah seluruhnya


مولاي صل و سلم دائما أبدا
على حبيبك خير الخلق كلهم
Wahai Tuhanku, selawat dan salam sentiasa,
Ke atas kekasihmu, sebaik-baik makhluk, seluruhnya


Memanik Labuci

Bismillah,

Saya gemar menjahit sebenarnye walaupun tidak kreatif.
Saya akan jadi gila bila masuk kedai manik. Sebab rasa mcm nak beli kesemuanya.

Nafsu semua tu....Tapi satgi nak pi kedai manik lah ni..ngeeeee
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah selamat membeli manik-manik...
Memang gile lah....
Nasib esok dah gaji...

Monday, July 23, 2012

Menanti detik

Bismillah..

Hurm, bila dikira-kira rasa seperti masa itu sangat cepat berlalu. fuhh!!
Tinggal sebulan lebih sahaja. wah...cepatnyeee!!

Campur pelbagai rasa...sampai takde rasa..hikhik
Rasa mcm kejapnye jadi CIK...

Saban hari berdoa agar terus diberi kekuatan dan kesabaran..
Makin berganjak, maka makin besar tanggungjawabnye..
Mampu ke?? Hanya masa yang boleh menjawab soalan itu..

Semoga semakin membesarlah jiwaku bersama laluan kehidupan.
Sebenarnye risau tapi Redha.
Semoga sentiasa seiring dan bersama, bersatu dan teguh terhadapNya.

Amin..

~Sesungguhnya kami ini milikNya, dan hanya kepadaNyalah kami kembali~.

Kebaikan dan Kebajikan

Bismillahirrahmanirrahim

Kebajikan itu bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan ke barat, tetapi kebajikan itu ialah (kebajikan) orang yang beriman kepada Allah, hari akhirat, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabat, anak yatim, orang-orang miskin orang-orang yang dalam perjalanan (musafir), peminta-peminta, dan untuk memerdekakan hamba sahaya, yang laksanakan salat dan menunaikan zakat, orang-orang yang menepati janji apabila berjanji, dan orang yang sabar dalam kemelaratan, penderitaan, dan pada masa peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar, dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.

Surah Al-Baqarah
Ayat 177

Entri pertama

Bismillah...

Bersamaan 4 Ramadhan 1433 Hijrah, saya memulakan entri pertama untuk laman blog yang entah ke berapa kali dah buat....hehehehe...

Syukur alhamdulillah, ini hari ke-4 Ramadhan. Rasa gembira dan bersyukur sesangat.
Semoga dikurniakan perasaan ini selalu... 

Niat yang baik-baik agar dikurniakan yang baik-baik. Niat saya di Ramadhan ini semoga bulan ini merupakan permulaan baru bagi segala kebaikan dan kebajikan.