Thursday, July 26, 2012

Hujan Batu

Bismillah...

Teringat suatu ketika kami sekeluarga pulang dari Kedah menuju ke Kuala Lumpur, mengalami hujan batu.
Perasaan pada ketika itu bercampur-baur. Seronok, teruja, sedih dan takut juga.

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Bayang selama berapa tahun hidup tak pernah tengok pula ketul ais jatuh dari langit dengan lebat. Takut lah juga. Takut pecah pulak cermin kereta.

Masa tu tak tau nak buat apa. Rasa mcm teringin pula nak buka tingkap pastu nak tau mcmana la ais dari langit. Tapi kena marah pulak dengan abah. Yelah kan tgh banyak kereta. Jammed sbb orang berhenti kiri jalan tadah ais tu.

Dari dalam kereta boleh tengok ais bertaburan tepi jalan. boleh imagine tak?

Seronok sangat. Sebab dah tak tau nak buat apa dengan perasaan teruja tu, aku pun berdoa sepanjang hujan.

Pengalaman yang sangat manis!!