Monday, March 21, 2016

Kerinduan

Bismillah

hehe, seronok la pulak ada blog ni...mcm jakun je kan...sebenarnye dah lama tak update blog..hehe

Entah kenapa hari rasa rindu dengan zaman kanak-kanak,sekolah dan kolej...

Zaman kanak-kanak terasa mcm baru semalam berlalunya. Rutin saya zaman kanak-kanak pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam pi mengaji dengan tuan rumah yang merupakan Ustazah yang sangat berjasa kepada diri ini. Best tau mengaji dengan ustazah ini. Garang sangat. tapi baik hati. Cantik pula.
Masa kelas mengaji diajarkan tajwid, setiap hari khamis belajar berzanji dan marhaban. Untungkan. Walaupun dulu masa kecik selalu je merungut dalam hati, penatlah!! Sebenarnye pi mengaji mcm rasa pi tuisyen pulak. Sebab aku dah belajar dulu kat tempat mengaji baru aku dapat kat sekolah. hihihi...Terima kasih Ustazah.

Saya bersyukur sangat dan amat berterima kasih kepada kedua orang tua ku. Terima kasih sebab hantar aku mengaji dengan ustazah ini.

Masa kat sekolah malas cite sebab aku bukan budak pandai sangat. Cuma aktif je lah. Aktif sukan, nasyid. sampai cikgu sekolah bila jumpa mak aku, dia panggil mak aku mak penyanyi..kikikiki...

Naik ke sekolah menengah abah hantar aku sekolah kat kelantan. Rasa suka sangat duk jauh-jauh dengan keluarga. Sebab apa tau, sebab susah sikit mereka nak datang jumpa cikgu kat sekolah. hihihi..Aku paling fobia ma abah datang jumpa cikgu..takut!!

Ingat lagi masa tu bulan puasa masa aku mula-mula masuk asrama di Kelantan. Masa mereka nak balik dari hantar aku tu, aku siap lambai-lambai je. tak nangis pun. Sedangkan duk sorang-sorang kat kelantan. sedara mara mana ada. hihi..

Hari ketiga gi terawih kat masjid asrama, aku dah mula rindu kat rumah. rindu nak buka puasa dengan ma abah dan adik-adik. Masa semayang terawih tu aku nangis. Pastu lari naik kat tingkat atas Asrama A. Takde siapa yang berani naik atas tu sorang-sorang memalam. Sebab atas tu gelap gelita yang ada ampaian baju dan tangki air. Aku selamba je. Rupanya memacam cerita keluar lepas tu. kelakar pun ada. Diceritakan bila 31/8 je hantu-hantu tentera jepun berbaris kat atas. Aku siap tunggu lagi malam merdeka tu. Nak tau betul ke tidak. Mana ada. Ntah sape la yang buat cerita tu kan.

Hampir 7 tahun aku dikelantan. Best!! kat sinilah aku jumpa best friend aku Farisah. dari peralihan sehingga kini kami masih berkawan baik. kat sini juga aku jumpe Geng2 yang best Fatini Salwa dan Murni Mohd Nor. Sebenarnye ramai lagi.

shikin dan farisah

Tu tak cite zaman exasri lagi tu. tapi zaman tu mcm hipokrit sikitlah. Cuma kawan-kawan seangkatan sangat baik dan tegas. Jadi aku belajar lah sikit dari dorang semua. bukan senang tau. siapa nak tau silalah berada ditempat itu. Terima kasih Kak Husna, Nisa, Zaihan, Afrah, Zahidah dan Azah.


Masa form 6 aku dah pindah duk rumah sewa. Masa inilah aku kenal dengan Sazliana.hihi..Fatini Fauzi dan Asma Ibrahim. tidak lupa juga junior-junior aku yang lain iaitu Rosmani Ghazali dan ramai lagi. Kalau nak cite kat sini memang tak cukup muka surat.
Yang bestnye sampai ke hari ini semua ex-Maahadian ni masih berkawan baik walaupun jarang berjumpa dan bertanya khabar berita. Sememangnya bila teringat zaman sekolah, aku pasti semua akan rasa rindu nak ke sekolah itu semula. Pastinya semua akan dikenang di dalam doa-doaku insyaAllah.