Thursday, July 26, 2012

Penghijrahan

Bismillah,

Harini nak bercerita mengenai video yang ditonton harini. Mengenai perkenalan Irma Hasmie dan Redza Syah. Kenapa semua orang sibuk-sibuk cerita pasal Irma ni. Pada saya kerana Irma tu comel..hehehe..taklah..adalah sebab lain kenapa saya mengikuti kisah-kisah Irma ni.

Bukan kerana taksub kepada Artis ye. Saya sendiri melihat bagaimana insan yang cuba berubah untuk kebaikan dan merasai nikmatnya iman. Opss cakap bab iman pulak. 
Tapi betullah, berubahlah kalau nak merasa. Sedang alim ulama pun sentiasa memperbaharui imannya. 
Saya suka dengan ungkapan berikut :
'Jangan lah kita rasa kita lebih baik dari orang lain, kerana yang kita boleh buat baik pun Dia bagi'...
~almarhum Ustaz Hanafi Hj Ahmad~
Setiap saat pastikan kita tidak perasan. Bersederhana dan ingat tiada apa pun milik kita. Semua pulangkan kepadaNya.
Hari ini mesti lebih baik dari semalam. Cerita semalam jadikan pedoman dan ingatan serta jangan diulang. Sungguh Dia Maha Berkuasa lagi Maha Pengasih dan Penyayang lagi Maha Pengampun.
Demi Masa! 
Jangan kita berada dalam golongan yang rugi. 
Setiap masa kita diuji.
Sentiasa sabar dan tabahkan hati
Semoga kita SELAMAT mengakhiri.....
:)