Friday, August 17, 2012

Ku bisikkan rasa

Bismillah,

Syahdu..itulah perasaannya....
Bermula cerita dengan pelbagai rintanganya...
Panjatan Syukur atas segala limpah Rahmatnya
Pada hambanya yang sering alpa leka
Semoga ini bukanlah Istidraj

Syukur bukan hanya pada lisan.
Semoga diri sentiasa diberikan:
- hati yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan cubaan
- hati yang sentiasa dihidupkan dan ada rasa kehambaan
- hati yang sentiasa ada rasa taat dan kepatuhan
- hati yang sentiasa takutkan balasan
- hati yang sentiasa kuat dan tabah dalam menerima dugaan

Jika mati hidupkan lah
Jika kotor bersihkanlah
Jika gelap suluhkanlah

Tiada apa yang ada pada diriku hanya kepadamu ku mohon segala