Thursday, October 25, 2012

Projek besar mlm ni


Bismillah

Bos bagi balik awal...yeay!!

Shopping while waiting hubby to fetch me home at 7, maybe?
same je :(

Jom menggila di kedai bahan-bahan kek...Projek membawa pulang homemade cake ke kampung. (kalau menjadi). hehehe..

Macam-macam yang berlegar di ruangan minda. Macam-macam nak cuba buat.

Mengaku memang tak pandai. Tapi cuba tak salahkan. Asal kejayaan itu dari percubaan yang berkali-kali.

Selamat berjaya kepada diri sendiri.

Antara menu yang berlegar-legar kini.





Wednesday, October 24, 2012

Selamat Menyambut Eiduladha :)

Bismillah,

Dah lama tak entry post kan?
Sebab i dah ada mini diary dlm smartphone...ngeee

Hermmmm...Raya tinggal lagi 2 hari aje lagi. Mode nak balik kampung dah melonjak-lonjak. Tahun ni akan beraya di Ipoh Perak bersama keluarga baru. Macamana pun raya ke 3 akan pulang berhari raya bersama keluarga ku. Apalah perasaan beraya bersama keluarga baru. Pastinya sayu akan tiba juga dihati walau berada ditengah keluarga baru yang ceria. Yelah selama berpuluh tahun aku beraya bersama keluarga sendiri.

Saya sayangkan kesemuanya. Mak Ayah Mama Abah dan semua adik-beradik. Itu mmg tidak boleh dijual beli dan didapati dimana-mana. Tidak ketinggalan suami terchenta.

Kesemuanya ku rangkumkan di dalam satu doa. :)


Thursday, October 4, 2012

Rapid KL V.2

Bismillah,

hehehe..harini tersalah naik bas lagi..

haritu salah naik bas nombor lain2x. so boleh dimaafkanlah.
tapi harini, tersalah naik bas yang bernombor sama, driver sama cuma salahnya aku tak tanya destinasi.
yelah laluan bas tu depan rumah tu sama.

so dengan confident i touch my touch and go card dan cari space dlm bas utk lelapkan mata.
tak perasan pun die lalu tempat lain. hahaha...tapi bile buka mata 'eh, ohhh harini bas ni ikut laluan lain..' ermmm ok.

sampai last destination, eh kenapa sume orang turun ni. saya pun tanye kat driver tu. bas ni tak pergi KL ke?
driver : bas ni dah pegi KL pagi tadi. ni dah balik. nnt naik bas yg depan ni eh. masuk kerja puku berapa?

Aku: terpinga-pinga. pukul 8.30am

Driver: oh takpe naik bas depan ni...Bas yg pukul 7.00 dah jalan dah. tapi takpe bas ni 15 minit2x jalannya.

turun bas dan ada seorang pakcik rapid KL lain tegur...salah naik bas ke dik?
Aku: hhehehe..aah..pening sebab nombor bas dgn driver sama je dgn smlm. tapi tak pergi KL harini.
Pakcik: oh lenkali kena tanya dulu naik bas sbbnye mmg nombor sama. tapi ni bas yg dtg dari KL dah.
           
oh baru faham. kat kawasan rumah tu sempit kiri kanan jalan dengan kereta yang parking kat situ. sebab tu bas hanya boleh lalu tempat yang sama je. kalau ada bas dari arah yang bertentangan dah tak muat dah.

Pakcik : takpe org baru ye. timba pengalaman ye dik. explore3x..

Aku sengih je.

Tuesday, October 2, 2012

Rapid KL

Bismillah,

hehehehehe
gelak dulu boleh ke?

Harini naik bas bagi tambang RM10.00 kat driver. nasib baik dia nak bagi juga baki dekat aku.

dekat depan pintu bas dah tulis " sila pastikan tambang anda secukupnya kerana baki tidak akan dipulangkan"

Sebab aku buat muka kesian dan muka mcm baru first time naik bas.
Lepas tu driver tu suruh aku duduk kat seat belakang die. Orang yang naik bayar pakai duit tu, aku kena 'collect' tambang dengan diorang utk baki duit RM10 tadi...kelakar gile...
Tapi driver tu baik je.

Semalam tersalah naik bas. turun balik and naik bas lain..Malu seh

Semalam naik bas dari rumah nak ke Sri Rampai aje. Tapi Bas tu bawa aku jenjalan dulu sekitar Danau Kota baru sampai Sri Rampai balik. best la juga bersiar-siar di pagi hari kan. Kemudian naik LRT sampai Masjid Jamek tukar Star ke Jln Sultan Ismail. Total tambang adalah RM4.30 sehala.

Harini jadi cerdik sikit. Naik bas terus ke Maju junction depan Office terus. Tak payah nak tukar-tukar tren lah bagai. Tambang hanya RM 1.90 sehala. bestkan?? jimatkan??

Kereta?? Ada.
Tapi saya memang malas nak bawa kereta dan menempuhi jalan yang sesak tu. Pastu mencongak pula duit minyak dan duit tol lagi kan? tak masuk duit parking kereta lagi. Memang hangus lah...

Bawa kereta ke Stesen LRT..pernah terpikir juga..tapi aku ni jenis yg cepat risau..nnt kat tempat kerja "selamat ke tak kereta kat sana??"

Takpelah...best ape naik bas...naik LRT...mcm zaman belajar. atleast saya ada exercise di pagi hari..hehehehe...(positif tak, ayat penyedap hati selalunye begini).

Enjoying my new life....Independently with new mission target!!





Pengapit saya dah kahwin...

Bismillah...

Tahniah buat Nur Izwah dan pasangan... :)... 
Semoga bersatu dalam kebaikan dan keberkatan