Tuesday, October 2, 2012

Rapid KL

Bismillah,

hehehehehe
gelak dulu boleh ke?

Harini naik bas bagi tambang RM10.00 kat driver. nasib baik dia nak bagi juga baki dekat aku.

dekat depan pintu bas dah tulis " sila pastikan tambang anda secukupnya kerana baki tidak akan dipulangkan"

Sebab aku buat muka kesian dan muka mcm baru first time naik bas.
Lepas tu driver tu suruh aku duduk kat seat belakang die. Orang yang naik bayar pakai duit tu, aku kena 'collect' tambang dengan diorang utk baki duit RM10 tadi...kelakar gile...
Tapi driver tu baik je.

Semalam tersalah naik bas. turun balik and naik bas lain..Malu seh

Semalam naik bas dari rumah nak ke Sri Rampai aje. Tapi Bas tu bawa aku jenjalan dulu sekitar Danau Kota baru sampai Sri Rampai balik. best la juga bersiar-siar di pagi hari kan. Kemudian naik LRT sampai Masjid Jamek tukar Star ke Jln Sultan Ismail. Total tambang adalah RM4.30 sehala.

Harini jadi cerdik sikit. Naik bas terus ke Maju junction depan Office terus. Tak payah nak tukar-tukar tren lah bagai. Tambang hanya RM 1.90 sehala. bestkan?? jimatkan??

Kereta?? Ada.
Tapi saya memang malas nak bawa kereta dan menempuhi jalan yang sesak tu. Pastu mencongak pula duit minyak dan duit tol lagi kan? tak masuk duit parking kereta lagi. Memang hangus lah...

Bawa kereta ke Stesen LRT..pernah terpikir juga..tapi aku ni jenis yg cepat risau..nnt kat tempat kerja "selamat ke tak kereta kat sana??"

Takpelah...best ape naik bas...naik LRT...mcm zaman belajar. atleast saya ada exercise di pagi hari..hehehehe...(positif tak, ayat penyedap hati selalunye begini).

Enjoying my new life....Independently with new mission target!!