Wednesday, October 30, 2013

The Power of NIAT.

Tak disangka-sangka.

Kelmarin kami dikurniakan IDEA yang tidak disangka-sangka.
Semalam kami mendapat berita bantuan daripada stokis kami bagi IDEA yang bakal kami laksanakan dalam masa terdekat ini.

Yakin 100%. Apabila kami berniat sahaja mahu menyumbang, terus kami dilorong dengan bantuan yang Subhanallah.
Baru berniat je dah dapat. Nanti selesai buat apa yang diniatkan tu tak tau apalagi yang nak dikurnia. Bestnye!

Bersyukur teramat. Kami berterima kasih kepada Stokis kami, Abg Najib dan Kak Sue.

Sehabis baik kami akan laksanakan.

Tanpa bantuan dan lorongan dariNya, kami bukan lah sesiapa.
Malah tiada apa-apa.

Ya Allah, Ampunkan kami atas setiap kelalaian kami.
Syukur kami panjatkan kepadaMu.







Monday, October 28, 2013

Menghafal Qasidah.

Bismillah,

Bermula hari ini saya akan hanya memasang Qasidah Muhammadiyah di speaker. Sebab dalam usaha untuk menghafalnya. Jadi kena la ulang-ulang dengar.

Persediaan 1 Muharram tahun ini. hihi.
Jika tidak Qasidah ini pun nanti, saya gembira sudah menghafalnya juga nanti.
Sebab saya suka nyanyi.

Excited menanti 1 Muharram.


Friday, October 25, 2013

Re-post - Qasidah Muhammadiyah



مُحَمَّدٌ أَشْرَفُ الأَعْرَابِ وَالْعَجَمِ   
مُحَمَّدٌ خَيْرُ مَنْ يَمْشِيْ عَلَى قَدَمِ


Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan Ajam
Muhammad lah sebaik-baik manusia yang berjalan di bumi ini


مُحَمَّدٌ بَاسِطُ الْمَعْرُوْفِ جَامِعُهُ 
مُحَمَّدٌ صَاحِبُ الإِحْسَــانِ وَالْكَرَمِ

Muhammad adalah luas kebaikannya,dialah pengumpulnya
Muhammad lah penghulu segala kebaikan dan kemuliaan


مُحَمَّدٌ تَاجُ رُسْلِ اللهِ قَاطِبَةً 
مُحَمَّدٌ صَادِقُ الأَقْوَالِ وَالكَلِمِ

Muhammad adalah mahkota para rasul ALLAH,seluruhnya
Muhammad adalah benar pada kata-katanya


مُحَمَّدُ ثَابِتُ المِيْثَاقِ حَافِظُهُ 
مُحَمَّدُ طَيِّبُ الأَخْلَاقِ وَالْشِيَمِ

Muhammad adalah tetap pada janjinya
Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya


مُحَمَّدُ رُوِيَت بِالنُّورِ طِيْنَتُهُ 
مُحَمَّدُ لمَْ يَزَلْ نُوْراً مِّنَ الْقِدَمِ 

Muhammad,tanah semadinya disirami dengan Nur
Muhammad,dia masih bercahaya sejak azali


مُحَمَّدُ حَاكِمُ بِالعَدْلِ ذُوْ شَرَفٍ
مُحَمَّدُ مَعْدِنُ الإِنْعَامِ وَالْحِكَمِ

Muhammad seorang hakim yang adil,punya kemuliaan
Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah


مُحَمَّدُ خَيْرُ خَلْقِ اللهِ مِنْ مُضَرِ 
مُحَمَّدُ خَيْرُ رُسْلِ اللهِ كُلِّهِِمِ

Muhammad adalah semulia-mulia makhluk ALLAH,dari kaum Mudhar
Muhammad itu semulia-mulia rasul ALLAH,seluruhnya


مُحَمَّدُ دِيْنُهُ حَـــقٌّ نَدِيْنُ بِهِ
مُحَمَّدُ مُجْمِلاً حَقاً عَلَى عَلَمِ 

Muhammad,agamanya adalah kebenaran,yang kita anuti
Muhammad adalah kebenaran,sebenar-benarnya


مُحَمَّدُ ذِكْرُهُ رُوْحٌ لِأَنْفُسِنَا
محمد شُكْرُهُ فَرْضٌ عَلَى الأُمَمِ

Muhammad,mengingatinya adalah seperti roh bagi kita
Muhammad,wajib kita berterima kasih kepadanya


محمد زِينَةٌ الدُنْيَا وَبَهْجَتُهَا
محمد كَاشِفٌ الغُمَّاتِ وَالظُلَمِ 

Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya
Muhammad,ibarat penghapus duka dan kegelapan


محمد سَيِّدُ طَابَتْ مَنَاقِبُهُ 
محمد صَاغَهُ الرَحمَنُ بِالنِعمَِ

Muhammad,penghulu yang suci perbuatannya
Muhammad,diberikan sebaik-baik nikmat oleh ALLAH


محمد صَفْوَةٌ البَارِي وَخِيْرَتُهُ
محمد طَاهِرٌ مِنْ سَائِرِ التُهَمِ 

Muhammad,adalah insan pilihan ALLAH,sebaik-baik makhluk
Muhammad,adalah suci daripada segala tohmahan


محمد ضَاحِكٌ لِلضَيْفِ مُكْرِمُهُ
محمد جَارُهُ وَاللهِ لمَ يُضَمِ

Muhammad,tersenyum buat tetamunya,bahkan memuliakannya
Muhammad,jirannya,demi ALLAH tidak dizaliminya


محمد طَابَتِ الدُنْيَا بِبَعْثَتِهِ
محمد جَاءَ بِالآيَاتِ وَالحِكَمِ

Muhammad,alangkah indahnya dunia dengan kehadirannya
Muhammad,telah datang dengan mukjizat dan hikmah-hikmah


محمد يَوْمَ بَعْثِ النَّاسِ شَافِعُنَا 

محمد نُورُهُ الهَادِي مِنَ الظُّلَمِ


Muhammad,kelak di hari kebangkitan,dialah pemberi syafaat kita
Muhammad,nurnya ibarat penyuluh hidayah dari kegelapan


محمد قَائِمٌ لِلّهِ ذُو هِمَمِ

محمد خَاتَمُ لِلرُّسْلِ كُلِّهِمِ

Muhammad,tidak putus-putus menghadap ALLAH dengan penuh harapan
Muhammad adalah penamat sekalian rasul ALLAH,seluruhnya


Mood: Tak sabar tunggu 1 Muharram tahun ini.
Bila hati excited, Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui segalanya.

Maha Suci Allah, Engkau Maha Pentadbir sekalian Alam.
Syukur diberi Rasa. 
Didoakan terus dapat merasai.
Walau pahit walau manis tetap aku panjatkan syukur ku.


Qasidah- Ya Hanana




ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad 
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

يَا هَنَانَا

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2013/02/qasidah-ya-hanana-lirik-dan-maksud.html#ixzz2ihqhdDSK

Tuesday, October 8, 2013

Belajar menjahit Jubah.

Bismillah,

Hihihi...

First time ever guna mesin jahit. itu pun ehsan mama tolong ajarkan cara guna mesin jahit.
Kelakar sangat. Gigih kot nak siapkan.

Orang lain menjahit ke depan, tapi aku menjahit ke belakang. Aduh. Itulah dia namanya proses belajar.

Sambil jahit sambil senyum...Gelakkan diri sendiri. Lucu. Terkial-kial.

Lagi 2 hari siap lah kot Jubah tu. Hasil air tangan sendiri.

Addicted nak buat lagi.

Terima kasih tidak terhingga Cikgu Yasalma. Walaupun belajar tutorial melalui Whatsapp je. Percaya??
Betollah! Tak tipu walau sepatah ayat.

Tak sabar nak upload gambar jubah, heeee...

Tunggu ye...heeee

Monday, October 7, 2013

Suami belanja satay

Bismillah,

Hari Jumaat lepas kan, suami belanja makan satay.
Best sangat!
Suka sangat!

Sayang sangat!

Friday, September 20, 2013

Warisan Rimba

Bismillah.
Terlupa nak update cerita mengenai perkelahan kami bersama keluarga. Seronok dalam kesederhanaan.

Monday, September 2, 2013

Hujung bulan lama sangat

Bismillah,

Boleh ke nak tunggu sampai hujung tahun ni..??

Dah tergedik sangat nak resign ni..

Aku hairan..Orang lain sibuk nak cari kerja..aku sibuk nak berhenti...

Tolong lah....Tak boleh dah ni....

Tersekat-sekat rasanya....

Puasa 6

Bismillah,

Dah 26 Syawal harini.

Pelan minggu lepas tak jadi 6 hari rupenye..
Huhu, tak cukup satu hari...
Suka sangat buat last2x minutes kan?

Shikin2x...
Selamat bertarung dengan perut keroncong hari ini dan sepanjang minggu ini...
Boleh ke ni??

Niat ok??
Betulkan cepat...

Selamat Berpuasa 6 Shikin...
Even tak cukup satu hari pun takpelah...

Tuesday, August 6, 2013

Bismillah,


Jadual untuk membuat kuih raya telah berganjak dari hari Ahad kepada malam ini...Memandangkan semalam off day buat kuih dan rehat...semalam baru selesai the very last punya delivery.
Jenuh la malam ni...Esok dah nak balik kampung dah...Sempatkah?? Menangis...

Isteri buat kuih raya, suami kena tolong kemas rumah...terima kasih suamikuuuuu.....

Pertama kali berpuasa bersama suami dan pertama kali juga rajin nak buat biskut raya...Rajinnyaaaa....

Biskut raya paling senang aku nak buat adalah:







Semoga menjadi hendaknya..

Monday, August 5, 2013

Projek Ramadhan 1434H

Bismillah,

Alhamdulillah,

Akhirnya hari ini boleh menarik nafas lega setelah segala tempahan telah dipenuhi dengan penuh tanggungjawab terhadap semua tempahan. Cuba melakukan yang terbaik untuk memenuhi tempahan dan memperbaiki setiap kekurangan pada produk ku yang sangatlah awesome.

Setelah berniaga, saya semakin hari semakin menghargai waktu. Semakin berkira dengan diri sendiri untuk tidur lebih masa. (dah nama pun kaki tidur)..Tapi betul, perniagaan membuatkan saya faham ayat berikut " Jika kita tidak memotong masa, maka masa akan memotong kita" (betulkan jika tersilap.)
Ayat ini juga terkesan kepada saya ketika saya menjalankan perniagaan "Hargai nikmat masa selagi ada", "Lapang sebelumnya Sempit"...

Buat masa sekarang saya sedang teruja dan belajar mengenai sistem juga disiplin. Sedang mengajar diri guna semaksima waktu dengan manafaat...

Betul kata orang, dunia perniagaan perlukan masa yang maksima dari bekerja makan gaji. Saya setuju. Tapi percayakah anda, bila mula timbul gila-gila suka, maka akan ada dalam diri, biawak baik yang kata, ok shikin, bertahan...boleh lagi ni...Tidur dah jadi nombor terakhir dalam keperluan. Tapi perlu tidur dan rehat ye...Nafkah untuk diri sendiri juga perlu...Rehat juga utama...

Saya perlu pandai membahagi waktu...Jika solat itu sudah ada ketetapan waktunya, begitu juga urusan-urusan lain...Maka belajarlah tanpa henti ye Puan Shikin...

Perniagaan itu akan menjadi senang apabila ada sistem, ikut sistem dan resepi orang-orang yang telah berjaya. Nak cipta resepi sendiri pun boleh. Cuma ambil masa untuk merasa. Umur umat Nabi Muhammad ni tidaklah panjang sangat. Jadi manfaatkan masa yang ada dengan hanya menambah baik sahaja sistem orang lain. Yang penting melangkah perlu dengan hikmah dan kebijaksanaan. Jangan menonong laju kemudian tak sempat nak tarik hand-break, lalu melanggar tembok.

Perniagaan juga sebenarnya menguatkan lagi kebergantunan ku kepada Allah.
Semoga diri semakin Kuat dan dekat kepadaNYA.

Berbalik kepada Projek Ramdhan 1434H, saya mengisytiharkan Alhamdulillah.
Sudah dapat keuntungan untuk diri dan keluarga, sudah boleh memberi kegembiraan kepada orang lain yang memelukan, sudah boleh kongsi keuntungan dengan pengedar, sudah semakin peka dengan cara orang lain berniaga dengan bijak.

Alhamdulillah...Ketika orang lain sibuk menunggu pengumuman Bonus Raya dari majikan, saya sendiri mencipta Bonus Raya buat diri sendiri.

Cuma Ramadhan tahun berikutnya, saya akan pastikan, semua perancangan tersusun rapi tanpa mengganggu aktiviti ibadah dibulan puasa dan tanggungjawab yang saya perlu tunaikan.

Jika dulu saya memilih kerja yang tidak mengganggu aktiviti saya berpersatuan, maka kini saya sendiri akan merangka masa bekerja saya dengan sistem yang tidak mengikat saya dengan waktu untuk bekerja.

Guru saya pun orang berniaga, Nabi kita pun peniaga, maka saya juga ingin pilih jalan yang sama.
Guru pesan mengenai INTEGRITI...Saya sedang melatih diri ke arah tahap integriti yang tinggi.

Semoga saya dan kita sentiasa TABAH.


Tuesday, June 18, 2013

Together we are one





Here we are
Sharing our lives
We made it through
The good and bad times
And still we stand
With hope in our hearts
No matter what
We will play our part
And now we've come so far
One chance to touch a star
Go higher and higher

Find your guiding inspiration
In a place where dreams are made
With a lifetime's preparation
theres no time to be afraid
Put our differences behind us
While we shine like the sun
See what we've all become
Together we are one

Deep inside your heart and soul
You've worked so hard to reach your goal
With every step, with every breath
You gave it all till there was nothing left
Seek out the strength to win
No thoughts of giving in
Go higher and higher

See what we've all become
Together we are one

~Delta Goodrem~

Monday, June 17, 2013

Majlis Konvokesyen PSSCM kali ke 28

Bismillah...
Alhamdulillah. Pada 15/6/2013 telah berlangsung satu lagi program anjuran PSSCM bertempat di Dewan Haji Maideen. Bersyukur kerana di beri peluang unuk menyertai majlis gilang gemilang penuh istiadat ini.
Kami sampai jam 12.00 mlm. Lewat kan? Malu sebenarnye. Tapi tak dapat nak buat apa. Sesampai je terus jenguk kawan2x WCP tgh kira2x and packing2x barang. Kemudian bantu kak farimah di bahagian jubah dan pakaian panglima
.
Kami berhotelkan kereta  pagi itu. Kadang-kadang rasa seronok untuk survive dalam kepayahan.
Jam 3.00 ketiduran seawal 5.30 dah bangun bersiap. Alhamdulillah tak perlu berebut bilik air. Terus bersarapan bersama suami dan DD dan suami.

Sewal 7.30 standby di tempat jubah. Segalanya lancar. Alhamdulillah.
Majlis penuh istiadat pun bermula. Selesai majlis sekitar jam 1.00.
Standby semula di tempat jubah bagi sesi pemulangan.

Setelah selesai je terus balik rumah Din sbb kepala dah berdenyut seperti genderang mahu perang.
Tak dapat join mesyuarat agong perwakilan PSSCM ke 41.

Malam baru kami datang semula untuk Majlis makan malam perdana juga sambutan isra' mikraj.
Dah lama betul tak join majlis makan malam mcm tu....lama sgt dah....Seronok...teringat zaman belajar dulu masa join dinner...

Sambil makan sambil mengisi kehausan rohani bersama Ustaz Rosli mengenai Isra' Mikraj. Bahagia2x...

Selesai berkemas jam 4.00am. Kami tumpang tidur di rumah Din mlm itu..
Pagi esok nya Din bawa kami ke pekan Seremban kot. Cari bateri kereta utk kereta kami yg kong. Huhu....lepas tu Din bawa kami makan di restoran syurga makanan...byk gile lauk...kemudian kami terus bergerak ke alamanda bertemu dgn mentor urk booster our spirit for business....balik puchong je dah terlepek. Penat...

Kat bawah ni gambar semasa dinner. Masa konvo tak sempat den nak snap gambar. hehehe..in jelah yang ada.


Tuesday, June 4, 2013

THE CLIMB



I can almost see it
That dream I am dreaming
But there's a voice inside my head saying
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most, yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be a uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah!

Keep on moving, keep climbing
Keep the faith, baby
It's all about, it's all about the climb
Keep the faith, keep your faith, whoa

Monday, April 15, 2013

Kursus Panduan Ibadah



Bismillah,

Feel so regret when im too shock.
Bila kes ragut depan mata je dan aku terpacak terkejut.
Im doing nothing??? disappointed dgn diri sendiri...

And start asking my dear self....masih belum yakin dan berani belum ada kah??

Huuuuu, it was so terrible and terasa betul diri ni tak berguna...
Asahlah lagi gerak itu...

terus ke tajuk utama....

Pada 13 & 14 April 2013 telah berlangsung Kursus Panduan Ibadah bertempat di Dewan Datuk Haji Maideen di Negeri Sembilan.

Nak gambarkan perasaan menghadiri kursus seperti ini:

Syukur yang sangat!!

Sepertinya terdapat penambahan, peringatan juga refresh balik perkara yang tak tertunai di dalam praktikal nya.

Semoga dikuatkan dalam melalui ketentuan yang telah ditetapkanNya. Mohon SELAMAT dunia akhirat.