Monday, June 17, 2013

Majlis Konvokesyen PSSCM kali ke 28

Bismillah...
Alhamdulillah. Pada 15/6/2013 telah berlangsung satu lagi program anjuran PSSCM bertempat di Dewan Haji Maideen. Bersyukur kerana di beri peluang unuk menyertai majlis gilang gemilang penuh istiadat ini.
Kami sampai jam 12.00 mlm. Lewat kan? Malu sebenarnye. Tapi tak dapat nak buat apa. Sesampai je terus jenguk kawan2x WCP tgh kira2x and packing2x barang. Kemudian bantu kak farimah di bahagian jubah dan pakaian panglima
.
Kami berhotelkan kereta  pagi itu. Kadang-kadang rasa seronok untuk survive dalam kepayahan.
Jam 3.00 ketiduran seawal 5.30 dah bangun bersiap. Alhamdulillah tak perlu berebut bilik air. Terus bersarapan bersama suami dan DD dan suami.

Sewal 7.30 standby di tempat jubah. Segalanya lancar. Alhamdulillah.
Majlis penuh istiadat pun bermula. Selesai majlis sekitar jam 1.00.
Standby semula di tempat jubah bagi sesi pemulangan.

Setelah selesai je terus balik rumah Din sbb kepala dah berdenyut seperti genderang mahu perang.
Tak dapat join mesyuarat agong perwakilan PSSCM ke 41.

Malam baru kami datang semula untuk Majlis makan malam perdana juga sambutan isra' mikraj.
Dah lama betul tak join majlis makan malam mcm tu....lama sgt dah....Seronok...teringat zaman belajar dulu masa join dinner...

Sambil makan sambil mengisi kehausan rohani bersama Ustaz Rosli mengenai Isra' Mikraj. Bahagia2x...

Selesai berkemas jam 4.00am. Kami tumpang tidur di rumah Din mlm itu..
Pagi esok nya Din bawa kami ke pekan Seremban kot. Cari bateri kereta utk kereta kami yg kong. Huhu....lepas tu Din bawa kami makan di restoran syurga makanan...byk gile lauk...kemudian kami terus bergerak ke alamanda bertemu dgn mentor urk booster our spirit for business....balik puchong je dah terlepek. Penat...

Kat bawah ni gambar semasa dinner. Masa konvo tak sempat den nak snap gambar. hehehe..in jelah yang ada.