Tuesday, August 6, 2013

Bismillah,


Jadual untuk membuat kuih raya telah berganjak dari hari Ahad kepada malam ini...Memandangkan semalam off day buat kuih dan rehat...semalam baru selesai the very last punya delivery.
Jenuh la malam ni...Esok dah nak balik kampung dah...Sempatkah?? Menangis...

Isteri buat kuih raya, suami kena tolong kemas rumah...terima kasih suamikuuuuu.....

Pertama kali berpuasa bersama suami dan pertama kali juga rajin nak buat biskut raya...Rajinnyaaaa....

Biskut raya paling senang aku nak buat adalah:







Semoga menjadi hendaknya..

Monday, August 5, 2013

Projek Ramadhan 1434H

Bismillah,

Alhamdulillah,

Akhirnya hari ini boleh menarik nafas lega setelah segala tempahan telah dipenuhi dengan penuh tanggungjawab terhadap semua tempahan. Cuba melakukan yang terbaik untuk memenuhi tempahan dan memperbaiki setiap kekurangan pada produk ku yang sangatlah awesome.

Setelah berniaga, saya semakin hari semakin menghargai waktu. Semakin berkira dengan diri sendiri untuk tidur lebih masa. (dah nama pun kaki tidur)..Tapi betul, perniagaan membuatkan saya faham ayat berikut " Jika kita tidak memotong masa, maka masa akan memotong kita" (betulkan jika tersilap.)
Ayat ini juga terkesan kepada saya ketika saya menjalankan perniagaan "Hargai nikmat masa selagi ada", "Lapang sebelumnya Sempit"...

Buat masa sekarang saya sedang teruja dan belajar mengenai sistem juga disiplin. Sedang mengajar diri guna semaksima waktu dengan manafaat...

Betul kata orang, dunia perniagaan perlukan masa yang maksima dari bekerja makan gaji. Saya setuju. Tapi percayakah anda, bila mula timbul gila-gila suka, maka akan ada dalam diri, biawak baik yang kata, ok shikin, bertahan...boleh lagi ni...Tidur dah jadi nombor terakhir dalam keperluan. Tapi perlu tidur dan rehat ye...Nafkah untuk diri sendiri juga perlu...Rehat juga utama...

Saya perlu pandai membahagi waktu...Jika solat itu sudah ada ketetapan waktunya, begitu juga urusan-urusan lain...Maka belajarlah tanpa henti ye Puan Shikin...

Perniagaan itu akan menjadi senang apabila ada sistem, ikut sistem dan resepi orang-orang yang telah berjaya. Nak cipta resepi sendiri pun boleh. Cuma ambil masa untuk merasa. Umur umat Nabi Muhammad ni tidaklah panjang sangat. Jadi manfaatkan masa yang ada dengan hanya menambah baik sahaja sistem orang lain. Yang penting melangkah perlu dengan hikmah dan kebijaksanaan. Jangan menonong laju kemudian tak sempat nak tarik hand-break, lalu melanggar tembok.

Perniagaan juga sebenarnya menguatkan lagi kebergantunan ku kepada Allah.
Semoga diri semakin Kuat dan dekat kepadaNYA.

Berbalik kepada Projek Ramdhan 1434H, saya mengisytiharkan Alhamdulillah.
Sudah dapat keuntungan untuk diri dan keluarga, sudah boleh memberi kegembiraan kepada orang lain yang memelukan, sudah boleh kongsi keuntungan dengan pengedar, sudah semakin peka dengan cara orang lain berniaga dengan bijak.

Alhamdulillah...Ketika orang lain sibuk menunggu pengumuman Bonus Raya dari majikan, saya sendiri mencipta Bonus Raya buat diri sendiri.

Cuma Ramadhan tahun berikutnya, saya akan pastikan, semua perancangan tersusun rapi tanpa mengganggu aktiviti ibadah dibulan puasa dan tanggungjawab yang saya perlu tunaikan.

Jika dulu saya memilih kerja yang tidak mengganggu aktiviti saya berpersatuan, maka kini saya sendiri akan merangka masa bekerja saya dengan sistem yang tidak mengikat saya dengan waktu untuk bekerja.

Guru saya pun orang berniaga, Nabi kita pun peniaga, maka saya juga ingin pilih jalan yang sama.
Guru pesan mengenai INTEGRITI...Saya sedang melatih diri ke arah tahap integriti yang tinggi.

Semoga saya dan kita sentiasa TABAH.