Thursday, January 30, 2014

Syukur dan Malu

Bismillah,

Syukur amat.

Malu amat. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakhbar.

Nikmat yang mana yang mampu aku dustakan.

Malu dengan Maha Pemberi Rezeki. Malu sangat.

Dia yang Maha Pemurah Dia Maha Penyayang.

Terima kasih Ya Allah.

Azamku. Solat awal waktu. Doa kepadaNya untuk bekalkan kekuatan luar biasa untuk menunaikan tanggungjawab, janji dan amanah.

Mood tengah kumpul duit. Mood tengah semangat waja. Doa-doa duit kejarlah aku.

Siapa lagi yang aku nak bantu ye?

Memula bantu diri sendiri dulu. Kemudian suami, Mak Ayah Mama Abah adik-adik, saudara-mara dan sahabat-sahabat serta muslimin muslimat.

Sikit-sikit lama-lama meningkat lah.

Amin.

Tuesday, January 28, 2014

Nebuliser 2

Bismillah.

Kali ke2 dinebuliserkan. Doa-doa ini kali akhir. Tak sedap tapi melegakan. Badan longlai sangat. Mesti kuat ubat ni.

Rasa lalok sangat. Tak berkudrat rasanya.

Dapat MC.

Sunday, January 26, 2014

Ngeteh dengan Abg Hafiz.

Bismillah.
Teringat sharing kelmarin oleh Abang Hafiz,
Cerita mengenai pengorbanan para sahabat demi kecintaan mereka kepada agama.
Pesanan Guru mengenai Bercakap benar, Janji tidak mungkir & Amanah tidak pecah. Simple things yang selalu sukar orang nak buat.
( Resolusi 2014 saya). Ini perkara penting dalam kehidupan dan perniagaan. InsyaAllah boleh berjaya jika amalkan sifat di atas.
Paling saya suka, mengenai solat. Ada juga yang solat hanya pada ketika susah je. Kata dia:
Kalau kita tak besarkan DIA pun, DIA tetap Maha Besar.
Jadi? Kau rasa macamana?
Renung-renungkanlah diri ye Shikin.

Nak handbag baru.

Bismillah.

Dah lama tak beli handbag. Tapi harini teringin nak beli handbag.

Last beli handbag masa beli hantaran kahwin.

Jom kumpul duit.

Thursday, January 23, 2014

Langkawi-17/1/2014

Bismillah.
Sesampai kami di Jeti Langkawi, kami telah dijemput oleh Kak Mieza.
Kak Mieza ni, kakak yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan kereta sewa, Snorkeling di Pulau Payar dan Island Hoping.
Kami terus dihantar ke Hotel. Kami berehat dulu sebelum keluar semula ke Oriental Park.
Dah berehat puas-puas, kami pun bergerak ke Oriental Park, tempat Cable Car tu.
Sesampai kat sana tengok-tengok, mak aih, ramainya orang. Beratur sampai ke bawah. Huhuhu..
Kami pun lepak dulu makan aiskrim. Ingatkan nak batalkan niat naik Cable Car. Tapi suami kata jom lah beratur. Tengok macam dah surut dah. Kami pun beli lah tiket. Tiketnya harga RM15/ orang.
Kami pun beratur. Hampir sejam baru dapat giliran naik cable car.
Bestnyaaaa!!! Cantik sangat!! Suka sangat!!
Angin agak kuat semasa kami menaiki cable car. Kuat sangat. Masa tu pakai shawl dengan pakai jarum je. Siap kene pegang shawl takut jarum tercabut.
Tengok Gunung ganang, lautan yang luas, awan yang membiru. Bestnyaaaaa!!!
Sangat best. Rasa macam nak meniaga lebih kuat untuk bercuti lagi. Berangan dah dalam kepala untuk next holiday.
Malamnye pulak nak ajak hubby makan di Restoran Bamboo Beach, tepi laut.
Kitorang pun pergilah sana. Sesampai di sana kami pun park kereta. Kami perasaan kedai tu jauh sikit dari tempat park kereta tu.
Kami jalan la sikit cari kedai tu. Yang jumpa hanya Farm Fish je. Rupanya kami sedang jalan atas rangka kedai tu. Kedai tu dah berpindah....hahahahhaa...kami gelak sakan.
Kami pun pergilah ke lokasi baru kedai tu. Tapi sayangnya, servicenya agak slow dan tak endahkan kami pun. Sedihnya. 3x kami panggil utk order.
Lastly kami makan di kedai lain. Sama juga. Servicenya lambat sangat. Tapi atleast mereka ambil order kami. Sampai kami kata, orang langkawi memang mcm ni ke. Saya cakap dengan hubby: esok kita cari kedai mamak lah. Cepat sikit servicenya.
Wah. Dahsyatnya marketing kedai mamak ni. Sampai kami pun terpasak dalam minda mengenai lajunya service dikedai mamak.
Oklah. Panjang sangat bebel. Ni gambar-gambar kami di sana.



Friday, January 17, 2014

Langkawi

Bismillah.
Alhamdulillah.
Baru je selamat sampai ke Langkawi. Subuh jam 6.00. Semalam kami bertolak jam 11.00 mlm.
Sesampai je diterjah angin laut. Sejuknyaaaaa.
Subuh-subuh orang dah beratur di kaunter.

Thursday, January 2, 2014

Sujud Syukur

Bismillah,

Hari ni saya berjanji nak sujud syukur pada waktu zohor tadi. Tapi saya posponed ke solat maghrib nanti.
Ya Allah, ampunkan la hambamu yang lemah tak terdaya ni.
Banyak sangat mungkir janji dengan Mu.

Saya bersyukur amat-amat harini.
Saya mengaplikasi kan kata semangat dari Prof Dr Muhaya iaitu, 80% ialah mencari Solusi dan 20% melihat masalah.
Saya yakin juga dengan kata Guru saya katanya: disebalik bala ada nikmat.

Lalalala..
Gumbiranya.