Thursday, January 23, 2014

Langkawi-17/1/2014

Bismillah.
Sesampai kami di Jeti Langkawi, kami telah dijemput oleh Kak Mieza.
Kak Mieza ni, kakak yang bertanggungjawab menguruskan perkhidmatan kereta sewa, Snorkeling di Pulau Payar dan Island Hoping.
Kami terus dihantar ke Hotel. Kami berehat dulu sebelum keluar semula ke Oriental Park.
Dah berehat puas-puas, kami pun bergerak ke Oriental Park, tempat Cable Car tu.
Sesampai kat sana tengok-tengok, mak aih, ramainya orang. Beratur sampai ke bawah. Huhuhu..
Kami pun lepak dulu makan aiskrim. Ingatkan nak batalkan niat naik Cable Car. Tapi suami kata jom lah beratur. Tengok macam dah surut dah. Kami pun beli lah tiket. Tiketnya harga RM15/ orang.
Kami pun beratur. Hampir sejam baru dapat giliran naik cable car.
Bestnyaaaa!!! Cantik sangat!! Suka sangat!!
Angin agak kuat semasa kami menaiki cable car. Kuat sangat. Masa tu pakai shawl dengan pakai jarum je. Siap kene pegang shawl takut jarum tercabut.
Tengok Gunung ganang, lautan yang luas, awan yang membiru. Bestnyaaaaa!!!
Sangat best. Rasa macam nak meniaga lebih kuat untuk bercuti lagi. Berangan dah dalam kepala untuk next holiday.
Malamnye pulak nak ajak hubby makan di Restoran Bamboo Beach, tepi laut.
Kitorang pun pergilah sana. Sesampai di sana kami pun park kereta. Kami perasaan kedai tu jauh sikit dari tempat park kereta tu.
Kami jalan la sikit cari kedai tu. Yang jumpa hanya Farm Fish je. Rupanya kami sedang jalan atas rangka kedai tu. Kedai tu dah berpindah....hahahahhaa...kami gelak sakan.
Kami pun pergilah ke lokasi baru kedai tu. Tapi sayangnya, servicenya agak slow dan tak endahkan kami pun. Sedihnya. 3x kami panggil utk order.
Lastly kami makan di kedai lain. Sama juga. Servicenya lambat sangat. Tapi atleast mereka ambil order kami. Sampai kami kata, orang langkawi memang mcm ni ke. Saya cakap dengan hubby: esok kita cari kedai mamak lah. Cepat sikit servicenya.
Wah. Dahsyatnya marketing kedai mamak ni. Sampai kami pun terpasak dalam minda mengenai lajunya service dikedai mamak.
Oklah. Panjang sangat bebel. Ni gambar-gambar kami di sana.