Sunday, January 26, 2014

Ngeteh dengan Abg Hafiz.

Bismillah.
Teringat sharing kelmarin oleh Abang Hafiz,
Cerita mengenai pengorbanan para sahabat demi kecintaan mereka kepada agama.
Pesanan Guru mengenai Bercakap benar, Janji tidak mungkir & Amanah tidak pecah. Simple things yang selalu sukar orang nak buat.
( Resolusi 2014 saya). Ini perkara penting dalam kehidupan dan perniagaan. InsyaAllah boleh berjaya jika amalkan sifat di atas.
Paling saya suka, mengenai solat. Ada juga yang solat hanya pada ketika susah je. Kata dia:
Kalau kita tak besarkan DIA pun, DIA tetap Maha Besar.
Jadi? Kau rasa macamana?
Renung-renungkanlah diri ye Shikin.