Saturday, February 8, 2014

Asma Bay

Bismillah.
Alhamdulillah. Sudah seminggu saya batuk dan sudah beberapa hari saya demam. Perit sungguh rasanya.
Kawan saya tanya, lamanya sakit. Saya jawab saya banyak dosa. Lantas jawabnya itu tandanya Allah kasih.
Sayu rasa hati. Betul katanya. Allah itu Maha Pengasih. Kadangkala saya terlupa betapa Kasihnya Allah pada hambanya. Astaghfirullah.
Hari khamis suami ambil saya di pejabat kerana saya dah tak tertahan dengan keadaan pej yang amat sejuk. Terus di bawa ke klinik. Doktor bagi MC 2 hari terus.
Hari jumaat pula saya diserang asma. Saya telefon suami dan suami keluar dari waktu pejabatnya dan terus membawa saya ke HKL.
Terus masuk asma bay dan nebuliser lagi. Lepas nebuliser saya rasa sejuk amat dan rasa nak pitam.
Ya Allah hebat sungguh kesan ubat ni. Tak berdaya badan saya menahannya. Berasa serik namun itu lah ikhtiar utk mengubati lelah.
Saya semakin menghargai kesihatan yang Allah berikan. Yang sebenarnya Amanah kepada kita menjaga kesihatan diri.
Sama-samalah kita menjaga amanah ini. Amalkan pemakanan sihat dan gaya hidup yang sihat.
Bersyukur saya Allah kurniakan suami yang penyabar dan baik. Bersyukur sangat. Terima kasih YA Allah.
Engkau Maha Besar Ya Allah.