Monday, February 3, 2014

Langkawi-18/1/2014

Sambungan cerita Langkawi.
Hari ke 2 di langkawi. Tak sabar2x kami nak ke Pulau Payar. Pakej ni harganya RM120. Tapi kalau anda arrange sendiri beli terus di kaunter, harganya hanya RM80 je. Tapi sebab kami malas nak ke kaunter, kami beli je dengan agen. Niat lah kita kongsi rezeki juga dengan orang lain.
Pakej ni termasuk snorkeling di Pulau Payar dari pagi sampai petang. Makan tengahari juga disediakan. Pihak agen akan ambil kita dari hoyel ke jeti dan dari jeti dihantar ke hotel.
Pagi tu, kami turun bersarapan. Tak sabar-sabar tunggu agen ambil kami jam 9.00. Lepas sarapan saya naik ke bilik sekejap ambil barang. Suami pula ke kereta lihat keadaan kereta yang diparking depan hotel. Kami lihat jam sudah 9.15. Tapi agen masih tidak sampai. Hurmm...kami pun call agen. Rupanya kami dah kena tinggal. Huwaaaaa...
Tapi bagus sangat service mereka. Feri mereka tidak akan bergerak selagi penumpang belum sampai. Syukur sangat.
Kami bertolak dari jeti kuah ke Pulau Payar. Perjalan memakan masa hampir 30 minit ke 45 minit.
Kami singgah di dek tengah laut dan tukar naik bot pula utk ke tepi pantai di Pulau Payar.
Ya Allah. Kami sangat teruja tau. Tapi takut pun ada. Sebab keadaan di langkawi sangat berangin dan laut begitu bergelora. Naik bot memang terumbang ambing. Takutnyeeee...
Sesampai di tepi pantai kami terus cari pot baik untuk dudul dan letak beg. Sebab ramai orang. Tapi syukur. Tiada yang panjang tangan dalam ramai-ramai tu.
Sebelum turun untuk bersnorkeling, saya dan suami tambah lagi pakai sun block. Takut hitam..hehehe
Sebenarnya saya takut sangat mandi laut. Selalu kalau mandi laut pun tepi-tepi gigi pantai je.
Saya memang berpaut je dengan suami. Suami bawa saya ke tengah laut. Kaki saya dah tak jejak pantai dah. Takut sangat-sangat. Tapi ada life jacket. Memang besttttt...Saya sampai gian nak mandi laut.
Dah tengahari sikit kami pun naik ke pantai untuk makan tengahari. Lepas makan, turun lagi ke laut. Tambah lagi sun block sebab takut hitam. Hahaha... Saya akan datang lagi ke Pulau Payar untuk bersnorkeling.