Monday, February 3, 2014

Langkawi-19/1/2014

Hari ke 3 di Langkawi.
Pagi ni kami bersiap-siap untuk ber 'island hoping' pula. Tapi harini kami kena parking di under water world pula. Agen akan ambil kami di sana.
Macam semalam angin sangat kuat. Kami atas bot kebasahan di air laut. Tapi best sangat. Tak sabar-sabar nak sampai ke Pulau Dayang Bunting. Nak mandi nak naik paddle boat.
Sesampai di sana. Orang dah ramai. Nak sewa life jacket tapi dah habis. Sedih sangat. Kami naik paddle boat dulu. Bestnyeeee...
Dah hampir 20 minit kami nak mandi pula. Life jacket ada satu je masa tu. Takpelah. Bagi suami dulu. Saya tengok je dari atas. Saya rendam je kaki. Lepas tu kami bergegas ke boat sebab boleh lepak sejam je. Huuu...tak puas tau.
Sesampai kat boat semua orang duk tunggu kami. Kami dah lewat rupenye. Hurmm...malunye...
Kami dibawa pula ke Pulau Beras Basah. Kami tak sabar nak mandi laut lagi. Yeay...Pantai nya cantik sangat. Ape lagi...Kami pun mandi la puas-puas. Tapi saya tak sewa life jacket. Saya pegang suami kuat-kuat. Takut tapi nak mandi...dah la tak pandai berenang. Tu yang takut sangat tu.
Kemudian kami di bawa pula melihat dan memberi makan kepada helang. Rezeki kami murah. Banyak sangat helang waktu tu. Besar kecik putih hitam. Macam-macam helang keluar.
Lepas tu kami pun pulang ke jeti. Rehat dan tidur.
Malam pula kami keluar mencari kedai tepi laut. Alhamdulillah.