Saturday, February 8, 2014

Sup ketam + Ikan Bakar Portugis

Bismillah.
Hihi.
Gembira sangat hati. Sebab harini dapat makan sup ketam. Dah lama dah nak rasa sup ketam tu macamana. Akhirnya sup ketam bertamu di dapur sendiri. Hehe.
Sebab demam dan batuk hampir seminggu, jadi En Suami belikan ketam. Tapi sendiri masak. Sebab En Suami masuk kerja pula di hari Sabtu.
Kelakar amat. Memula En Suami telefon tanyakan pada kak Kay bahan-bahan masakan dan cara masaknya. Lepas suami keluar ke tempat kerja saya pula telefon kak wani tanya cara nak siang ketam.
Hahhahahahhaha...tak pernah tengok mama siang ketam. Selalu tolong potong-potong bawang je. Hehehe.
Tapi senang je masak ni. Ikut resepi dan petua yang betul insyaAllah menjadi.
So lelaki diluar sana. Jika bakal isteri tak pandai memasak jangan lah risau sangat. Lepas kahwin mesti pandai.
Seminggu lalu dah janji dengan suami nak masakkan ikan bakar. Maka siaplah ikan bakar ku. Sangat mudah sangat ringkas. Nanti saya akan kongsi kan resepinya di dalam entri lain. Kalau nak cepat boleh lihat resepi tersebut di Azie's kitchen.