Thursday, June 12, 2014

Business Modal Canvas Class #BMD

Bismillah.

Syukur Alhamdulillah.

Kami berjaya mempelajari cara melakar peta perniagaan kami bersama Puan Roslina Sheikhdawood di Kuantan pada 27/4/2014. (dan ingin ulangi nya lagi). 

Sejak memulakan perniagaan secara serius, saya mula mengikuti dan cuba mengelilingkan diri dengan sahabat-sahabat yang berjaya di dalam perniagaan mereka. Saya mula menjumpai perkataan BMC di laman FB seorang sahabat. Kononnya cuba untuk memahami apa yang beliau sedang lakukan. Ini yang saya jumpa:


Agaknya kalau tak pergi kelas, boleh faham ke? Hehe.
Memang saya tak faham pun masa mula-mula tengok sekeping kertas ni.

Kemudian, barulah saya mendaftarkan diri ke kelas beliau untuk mendalami ilmu BMC ini. 


Puan Ros memudahkan urusan kami untuk hadir ke kelas beliau bermula dari yuran sehinggalah proses untuk memahami. Kami doakan Allah memudahkan setiap urusan Puan Ros sekeluarga.

Saya agak impressed dengan beliau. Tak sombong. Malah akan cuba pastikan semua pelajarnya memahammi dengan jelas. Kelasnya adalah gabungan teori dan juga praktikal terus.


Kelas beliau best. Mudah untuk faham dan mudah untuk kita aplikasi kan walau untuk semua jenis industri/ perniagaan.

Kisah beliau juga memberi inspirasi kepada diri kami.

Apa itu BMD? Jika anda seorang usahawan, saya syorkan anda juga mendaftar ke kelas beliau. 


Dalam melalui belukar perniagaan, tanpa peta di tangan pasti akan sesat jalan.

Terima kasih Puan Roslina.


Tak sabar untuk ke kelas SOP kendalian beliau. Mesti pergi!!