Sunday, July 20, 2014

Jemputan berbuka puasa

Bismillahirrahmanirrahim.
Harini kami mendapat jemputan untuk berbuka puasa di Best Western Sentral.
Katanya nak beri kami voucher penginapan 2 hari 1 malam di hotel tertentu secara percuma.
Bestkan? Tapi kami dah dapat agak produk apa yang ingin ditawarkan kepada kami.
Program berbentuk investment dan percutian yang berkualiti.
Pada awalnya kami ingin juga mendengar taklimat mengenainya.
Sesampainya kami di tempat tersebut, kami hanya diberikan borang untuk diisikan. Sebagai ganjarannya kami akan diberikan voucher tersebut.
Pada saat pertama kami tiba, kami sudah menerima pandangan yang mengagak pendapatan kami.
Selepas mengisi borang, kami dijemput berbuka puasa dan tidak langsung di beri penerangan tersebut.
Kata orang yang entertain kami itu, Saya jemput untuk berbuka puasa kemudian Encik boleh pulang lah.
Kami berdua hanya ketawa.
Geli hati, sebab begitu sekali pandangan mereka pada kami sehingga kami tidak layak mendengar apa-apa penerangan.
Perlu ke kami berasa hati?
Kami ketawa jee..
Lumrahkan?

Monday, July 7, 2014

Mencari redhaNya

Bismillah,

Sayu hati mendengar  kisah penghijrahan Neelofa. Subhanallah. Menangis saya.
Saya bahagia mendengar penghijrahan insan hebat.

Mengimbau ingatan pada penceritaan detik penghijrahan para-para sahabat dulu, masing-masing menerima cara hidup Islam dengan seluruhnya dengan jalan yang berbeza. Cerita mereka berbeza. Namun menujunya mereka pada Allah yang satu.

Bahagia. Berkat Ramadan ini, aku juga memohon untuk terus teguh untuk kembali kepada fitrah yang suci sehingga hujung nyawa.