Monday, July 7, 2014

Mencari redhaNya

Bismillah,

Sayu hati mendengar  kisah penghijrahan Neelofa. Subhanallah. Menangis saya.
Saya bahagia mendengar penghijrahan insan hebat.

Mengimbau ingatan pada penceritaan detik penghijrahan para-para sahabat dulu, masing-masing menerima cara hidup Islam dengan seluruhnya dengan jalan yang berbeza. Cerita mereka berbeza. Namun menujunya mereka pada Allah yang satu.

Bahagia. Berkat Ramadan ini, aku juga memohon untuk terus teguh untuk kembali kepada fitrah yang suci sehingga hujung nyawa.