Friday, October 10, 2014

Keringat kesabaran

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi ini saya rasa insaf. Menangis melihat gambar itu.

Selepas melihat gambar yang dikirimkan oleh mariafirdaus.com.my buat saya bersyukur dengan kerja yang saya sedang lakukan sekarang.

Mood saya tidak menentu sejak beberapa orang staf di sini telah mengambil keputusan untuk 'resign' dan seorang staf telah cuti bersalin. Ini kerana saya tinggal seorang diri di pejabat dan perlu selesaikan segala keperluan yang menuntut saya untuk jalankan tugas mereka sebagai tugas saya.

Sekejap saya akan rasa bersyukur kerana saya dapat pengalaman baru. Sekejap lagi saya akan berubah menjadi tertekan pula dengan tugas-tugasan yang menuntut saya mengambil masa lama untuk duduk dan buka fail-fail lama untuk dapatkan starting point.

Semoga saya terus tabah dalam menuntut pengalaman kehidupan ini.

Syukur Ya Allah. Syukur.

Aku yakin rezeki ku semakin luas dengan keringat kesabaran ini.


Gambar kiriman mariafirdaus.com.my



Thursday, October 9, 2014

Duit vs Pengalaman

Bismillah,
Bila dah suka, kita tak dapat duit pun kita buat.
Paling best tau apa?
Hari2 syukur dapat pengalaman baru2.
Instead of money, pengalaman pun sangat berharga.
Saya suka quote yang saya dengar semalam.
Kita buat bukan sebab duit. Ini amanah dan tanggungjawab.
So deep!
Satu lagi semalam saya dengar cerita2 mengenai erti syukur dan kesusahan.
Dan terus tangkap pantun silat cekak iaitu, lahirnya cekak kerana KESEDARAN.
Allah, saya mula faham satu persatu.
Sungguh2 pantun ini ditulis oleh insan yang luar biasa dan tentunya ia datang dari hati yang tulus.
Ok berbalik cerita semalam. Saya sedih apabila diperdengarkan nasib2 insan yang saya kira tidak bernasib baik. Namun memetik kata Guru semalam, kita memang kena lalu ikut dunia.
-----------------------------
Ok ini post lama. Nak sambung apa pun tak ingat. Dan bila buat post ni pun tak tau. Takpe la. Kita publish kan juga lah. Tapi ape nak ditajukkan ye?

Wednesday, October 8, 2014

Rezeki yang bermanafaat.

Masa terlalu mahal.
Penuhkan dengan yang membawa manfaat.
Impian dan tanggungjawab, sama2 nak ditunaikan.

Bak kata guru, sabar.
Rezeki untuk kita pasti ada.
Sikit dan berkat lebih baik dari banyak tapi siksa.

Ada bahagian untuk kita. Sabar!

Sebab kita ni banyak dosa.
Usaha banyakkan buat kebaikan dan kebajikan.


Raya Haji 1436 H

Berkelah di Tasih Shah Alam. Nyaman dan best. Banyak tupai jinak.
Bukit Cerakah. Rumah 4 musim. Kini sedang musim luruh.
Keluarga Mama sebelah Ipoh, Perak

Bajet 2nd Q 2014 dan Bajet tahun 2015

Fuhhh....
Penting amat bajet plus disiplin.
Tanpa menyimpan berdikit-dikit mana mungkin mampu merealitikan impian.
Berbelanjalah di bawah paras kemampuan supaya Shikin mampu menyimpan lebih.
Buat simpanan dan bila dah besar simpanannya Shikin boleh berjinak2 dalam dunia pelaburan pula.
Dari sekarang didik diri untuk sentiasa bersederhana.
Pesanan ikhlas dari hati kepada Shikin.
Impian punyalah besar. Tindakan dan disiplin pun perlu besar.
Banyak langkah yang masih perlu Shikin ubah dan perlu penambahbaikan.
Terlalu banyak.

Thursday, October 2, 2014

Petikan best dari Majlis Tahlil Almarhum Ustaz Haji Hanafi bin Ahmad

Budaya dan Adat melahirkan adab
Kita tidak dilahirkan untuk menjadi peminta sedekah.

Kita kena memberi.

Itulah sifat khalifah.
Sifat dermawan adalah salah satu sifat iman.
~GU~