Friday, October 10, 2014

Keringat kesabaran

Bismillahirrahmanirrahim,

Pagi ini saya rasa insaf. Menangis melihat gambar itu.

Selepas melihat gambar yang dikirimkan oleh mariafirdaus.com.my buat saya bersyukur dengan kerja yang saya sedang lakukan sekarang.

Mood saya tidak menentu sejak beberapa orang staf di sini telah mengambil keputusan untuk 'resign' dan seorang staf telah cuti bersalin. Ini kerana saya tinggal seorang diri di pejabat dan perlu selesaikan segala keperluan yang menuntut saya untuk jalankan tugas mereka sebagai tugas saya.

Sekejap saya akan rasa bersyukur kerana saya dapat pengalaman baru. Sekejap lagi saya akan berubah menjadi tertekan pula dengan tugas-tugasan yang menuntut saya mengambil masa lama untuk duduk dan buka fail-fail lama untuk dapatkan starting point.

Semoga saya terus tabah dalam menuntut pengalaman kehidupan ini.

Syukur Ya Allah. Syukur.

Aku yakin rezeki ku semakin luas dengan keringat kesabaran ini.


Gambar kiriman mariafirdaus.com.my