Saturday, May 9, 2015

Throwback Kenduri Pian and Wife


Hari ni semua cerita throwback aje. Sempat bersawang juga gambar duk dalam hard disk kan. Hahaha. Makanya harini semua kisah2 throwback.








USR @ MELAKA


Sunday, May 3, 2015

Throwback Pulau Pangkor.

Throwback cerita tahun lepas.

Percutian ini percutian tabung bajet. Memang bajet. Pulau Pangkor adalah destinasi untuk mereka yang hanya mahu berehat melihat pemandangan bukan untuk shopping. hehehe.

Pulau yang kecik dan sesuai untuk berehat di tepi laut sambil menikmati matahari terbit dan tenggelam sambil ditiup2 angin sempoi2. hehe.

Jeti Pulau Pangkor

Satu-satunya pekan Pulau Pangkor

Kebanyakan laluan di Pulau Pangkor macam ni lah.

Penginapan sempoi kami

Pemandangan di hadapan penginapan kami

Suami melayan perasaan menanti Maghrib

Dinner by the beach. I just love my life here.

Suami kelaparan

Pandangan depan penginapan.

Mentari Pagi



Sarapan di teluk nipah sambil ditemani burung2.

Sempoi breakfast.

Berangan sekejap


Pulau yang pantainya banyak pokok melitupi pantainya. Mudah nak berehat tanpa terik mentari.


Kenderaan rasmi kami di sini. Waktu untuk Pulang.

Sunday, February 22, 2015

What happen to my family-2

What happen to my family.
Ada suka dan duka. Drama yang mampu memberi inspirasi tentang kekeluargaan dan perniagaan.
Walaupun drama ini sudah diulang tayang kali ke 2, masih gembira menanti episod2 seterusnya.
Rating saya 5/5 untuk drama ini.

Saturday, February 21, 2015

What Happen to My Family - 1

[Cerita suka duka Tofu Shop]

Saya penggemar cerita Korea. Bila tengok cerita teringat pula pada room mate saya semasa saya tinggal di Kg Baru. Hari-hari layan cerita korea.

Hari ini saya nak ceritakan salah satu babak dalam cerita "What Happen to My Family". Ia menimbulkan inspirasi di hati saya.


Ayahnya adalah seorang pembuat tofu dan sudah mempunyai reputasi yang bagus di dalam industri tersebut. Anaknya Dalbong yang sering membantu beliau di kedai.

Satu masa ayahnya memberitahu seluruh keluarganya yang dia ingin bercuti bersama Miss Ko selama seminggu.

Oleh itu, beliau menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Dalbong untuk menguruskan kedai Tofu tersebut.

Sepeninggalan ayahnya pergi bercuti, Dalbong meneruskan perniagaan warisan ayahnya.

Kebiasaanya mereka akan mula merendam kacang soya daripada waktu malam. Bermula jam 3 pagi mereka sudah bangun untuk memproses pembuatan tofu. Pelanggan tetap kedai tofu ini akan datang ke kedai seawal jam 5 pagi untuk mengambil tempahan mereka. 

Suatu pagi, Dalbong telah terlajak tidur. Sedangkan dia telah kunci jam pada jam 3 pagi. Dia terjaga setelah dikejut oleh makciknya yang duduk serumah dengannya. Kata makciknya, ayah mu telefon pagi ini kerana salah seorang pelanggan nya yang bernama Seo telah pun berada di depan kedai untuk ambil tempahan biasa nya.

Dalbong tergesa-gesa bersiap ke kedai dan dapati kedainya telah dikerumuni oleh semua pelanggan-pelanggan tetap kedai itu.

Dalbong memohon maaf kerana terlajak tidur dan berjanji akan siapkan tempahan dalam masa 2 jam kemudian. 

 Dalbong pun memeriksa kondisi kacang soya yang telah direndamnya. Dan dia mula teringat pesanan ayahnya. Kacang ini tidak boleh terlebih rendam,  ia akan menerbitkan bau dan rasa yang boleh menjejaskan kualiti.

Namun kerana telah berjanji dengan para pelanggannya, maka Dalbong terpaksa menyiapkan tempahan tersebut dengan menggunakan kacang yang terlajak rendam tersebut.

Selepas 2 jam berlalu, En Seo yang mula-mula sampai ke kedi dan gembira melihat tempahan Tofu nya telah disiapkan. Dalbong dengan berat hati menerima hasil jualan tofu daripada En Seo sambil mengucapkan Good Luck kepada En Seo. 

Kemudian datang pula pelanggan kedua untuk datang mengambil tempahannya. Tiba-tiba En Seo datang semula ke kedai nya dan terus memarahi Dalbong kerana menipu dan menuduh Dalbong menggunakan kacang lama untuk menyiapkan tofu tersebut. En Seo memarahi Dalbong didepan kedai sambil membaling-baling tofu ke wajah Dalbong. Dalbong menerima kemarahan tersebut dengan redha.

Kedai tofu tersebut hanya bersebelahan sahaja dengan  kediaman Dalbong. Seluruh ahli Dalbong terkejut dan mula menenangkan En Seo dan menyatakan maafkan Dalbong kerana masih mentah di dalam perniagaan ini. En Seo pulang dan berhasrat tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke kedai tersebut setelah hampir 20 tahun menjadi pelanggan tetap kedai itu.



Dalbong berasa sedih tapi dia rasa sangaaat lega kerana dia tidak lagi menanggung rasa bersalah memberi tofu yang tak elok kepada pelanggannya.

Keesokan harinya Dalbong nekad ke kedai En Seo untuk memohon maaf dan cuba meraih kepercayaan daripada En Seo semula.

Dalbong datang membawa 2 tray tofu nya dan meletakkan di kedai En Seo dan terus memohon maaf kepada En Seo. Namun En Seo bertegas tidak mahu menerima. Dalbong mula melutut di depan En Seo supaya En Seo menerima semula. Bersungguh Dalbong cuba meyakinkan semula En Seo.

Tidak lama kemudian, En Seo menerima panggilan daripada Ayah Dalbong. Ayah Dalbong melihat kesungguhan anaknya itu dari kejauhan. Dia mula mengungkit segala kebaikan yang telah dilakukan semasa En Seo di dalam kesusahan suatu masa dulu. Dan meminta agar En Seo tidak membiarkan anaknya terus melutut di situ.

Akhirnya, En Seo menerima semula tofu daripada Dalbong.

Dalbong akhirnya pulang ke kedai dengan rasa gembira sekali.

Ayah Dalbong menghubungi Dalbong, pura-pura bertanya bagaimana keadaan kedai. Dalbong kata, jangan risau ayah. Dalbong the greatest ada menjaga kedai ini.

Ayahnya menasihatkan agar tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan kepercayaan pelanggan kepada kedai tofu itu.

Akhirnya ayahnya berkata " Ayah percayakan kamu Dalbong"

Dalbong berasa keyakinan nya mula meninggi apabila ayahnya berkata demikian.

Banyak pengajaran di dalam cerita ini. Best cerita ini. Selamat menonton.

Sunday, February 8, 2015

Demam Tempoyak!

Tempoyak most wanted yaww!

Hehe, semalam semasa menjamu selera di rumah Tuan CEO Saman Kinto saya teringat betul dengan suami saya.

Lihat atas meja itu. itulah menu kami semalam. Sedap sangat!! Ikan patin masak tempoyak, Sambal Udang petai, Sambal tempoyak, Ulam-ulaman dan nasi arab. Terangkat beb!


Saya jarang ambil bahagian kepala apabila makan menu Ikan Patin Masak Tempoyak. Semalam ambil bahagian kepala tu sebab teringat suami saya sukaaaa sangat kepala ikan patin. baru saya tau sedapnya kepala ikan patin ye?

Jadi sebab rasa bersalah sangat semalam saya makan sedap2, kesian kat suami. So harini saya buatkan sambal tempoyak dekat suami. hehehe...Saya masak sedap2 untuk suami hari ini.

Sambal tempoyak.

Program : Jutawan Dari Rumah. ' Bermula Kecil, Bermula Betul '.

Semalam (7/2/2015), saya ke kelas Bermula kecil, Bermula betul. anjuran Trutech. Saya pun tidak pasti apa yang membuatkan saya tergerak nak ke kelas beliau. Mungkin perasaan membuak-buak untuk keluar dari zon selesa membuatkan saya mendaftar kelas tersebut. Attraction saya tertumpu kepada Tuan Fazli Little Trees.

Saya bersyukur kerana saya direzekikan untuk hadir ke kelas mereka. Memang saat-saat akhir baru mendaftarkan diri. Dan diberitahu tempat sudah penuh. Hampa sekali. Awal subuhnya saya mendapat pesanan ringkas bertanya: "Boleh sahkan kehadiran?" Saya terus membalas "Sah, saya mahu hadir".

Kemudian Cik Hajar Yahya membalas butiran program tersebut. Saya lihat tarikhnya hari ini. Allah, terkejut amat. Terus saya bersiap-siap dan yang specialnya saya perlu drive sendiri. Jeng..Jeng..Jeng...

Tapi hati memang mahu pergi jadi saya terus je siap-siap dan minta izin suami. Sepatutnya semalam perancangan saya adalah " Misi mencari 30 Cinta"

Saya fikir, takpe saya bawakan juga 30 cinta saya di dalam kotak polistrin letak di belakang bonet kereta.
Sebab kelas akan berkahir jam 1.30, masih sempat untuk meneruskan misi.

Tanpa bertanya panjang pada suami bagaimana mahu ke kelas tersebut di Sutera Damansara. Saya hanya berbekalkan GPS. Dan terus drive.

Memang begitu mencabar apabila, jarang-jarang drive. Sangat jarang. jadi cabaran pertama saya ialah untuk sampai ke kelas. Dengan berbekalkan semangat yang waja tu, saya follow je cakap GPS. Memang ramai lah pemandu yang marah dengan kereta saya. Bawa macam siput dan sesuka hati meredah jalan raya. Selawat dalam hati banyak2.

Akhirnya sampai ke destinasi yang di bawa GPS. Ke kawasan perkilangan. Yeah!! Sah sesat barat.
Last sekali saya tukar GPS ke Petronas Damansara Damai.

Guna waze pula. Saya lebih sukakan penggunaan Waze. Kerana untuk pemandu seperti saya, waze sangat membantu. Lagi 800m dia sudah hint suruh belok. Lagi 200 m dia suruh belok. Dan bila sudah tiba tempat belok dia ulang-ulang suruh belok. Saya cakap dengan waze " Ye saya tengah belok ni"Rasa seperti bercakap dengan co-pilot tidak bernyawa. Hehehe.

Akhirnya tiba di Petronas Damansara Damai. Bateri sudah tinggal 3 bar. Nak nangis dah masa tu.
Kemudian saya keluar nak pinjam charger orang petronas dan nak tanyakan arah. Bila masuk saja saya sedang lihat ada seseorang yang sedang bertanyakan arah ke tempat yang sama juga.

Saya terus terkam dia. Bukan terkam peluk dia. Saya terus je panggil dia.
Me: Encik2, nak ke program itu ke?
Mr: Ye.
Me: Saya nak follow boleh. Saya tersesat juga.
Mr: Ok Jom.

Alhamdulillah.Selesai satu dugaan. dan akhirnya saya tiba.

Mula-mula tiba saya terpegun...Wahhhh!!!

Kelas dalam rumah. heaven sungguh.

Saya terlupa bagi salam. Saya ketuk pintu terus buka. Astaghfirullah. Sebab kawan saya tadi dah masuk tu yang saya berani buka. Hehehe.

Masuk2 saya terus minta maaf. Sebab Tuan CEO pandang saya dan kata nak kena rotan ni. Hehehe.

Saya terus rasa kemesraan seorang Guru dan muridnya.

Perkongsian hanya beberapa jam namun rasanya sungguh menyentapkan diri sendiri.

Saya tersentak dengan apa yang Tuan CEO Samad Kinto ajarkan. Walaupun ia sangat lah simple, adakah semua saya melakukannya. Jawapannya memang lah tidak. hehehe.

Banyak juga ilmu asa yang perlu saya asahkan supaya menjadi tabiat. Katanya, biarlah kita mulakan dengan betul supaya bila besar tidak lah cepat meletup.

Betullah tu. Bila asasnya kukuh insyaAllah rezekinya bertali arus. kata beliau lagi Bisness is Magic. Logik akal 1 x 1 = 1. Namun boleh jadi 1 x 1 = 10. Katanya lagi, kita perlu mengikut sunnah nabi kita iaitu berniaga.  So deep!

Beliau ajarkan banyakkkkk perkara-perkara asas untuk berjaya. Kagumnya saya terhadap beliau. Cuba lah kita bayangkan seorang driver, mat peon, pengutip sampah dan sebagainya boleh menjadi Jutawan?
Sungguh kagum! Allah Maha Besar! Saya rasa sangat malu dengan segala nikmat yang Allah beri yang jarang saya syukuri. Sedangkan Allah Maha Pemurah, Penyayang dan Pemakbul segala hajat.

Terima Allah. Terima kasih juga Tuan CEO Samad Kinto.

Kemudian semasa sesi Tuan Fazli Little Trees juga saya terkesima. Allah, sukanya!
Saya memang mahu sangat berguru dengan beliau. Saya kan pastikan saya akan sampai ke kelas beliau.

Saya yakin banyak benar Tuan Fazli ingin ajarkan. Keikhlasannya menyampaikan pesanan sangat menarik jiwa saya untuk kelas beliau dan menarik saya untuk berjaya seperti beliau.

Terima kasih Cik Hajar. Jika Cik hajar tidak Whatsapp saya sesubuh hari, tentu saya tidak berkesempatan ke kelas tersebut.

Ya Allah saya doakan setiap insan yang hadir di dalam diri ini, yang membantu diri ini dan yang ikhlas memberi perkongsiaan untuk melihat insan sepeti saya berjaya, saya doakan mereka dilimpahi rahmat dan rezeki yang bertali arus dari Mu. Engkau Maha Pemakbul Hajat.

Kami sudah mendapat ilmu, kami juga dijamu makan. Spesial Ikan Patin masak tempoyak dan Nasi Arab Ustazah. Allah, murah kanlah rezeki Tuan CEO dan Ustazah Wan Habsah.

Dapat pula cenderahati dari Tuan Fazli Little Trees. Terima kasih Tuan Fazli.
Alhamdulillah.



Bengkel Mini Copywriting - Tuan Aqif Azizan

Assalamualaikum...

Bangun pagi ini rasa semangat sekali.
Sejujurnya sudah beberapa minggu saya mengalami keruntuhan semangat yang mendugakan.

Allah sahaja yang tahu apa rasa di hati ini.
Saya bersyukur juga mengalami emosi tersebut. Saya yakin datangnya ia berserta nikmat jika saya bersabar banyak2. Memang benar pun.

Saya berterima kasih. Dalam kejatuhan semangat itu, saya mula berfikir dan saya mula bertindak!
Allah, sujud syukur saya dengan pengalaman ini.

Saya bertindak untuk keluar dari zon selesa saya. Saya mula menilai diri saya dan kewangan saya.

Ini cerita minggu lepas. 31/1/2015

Bengkel Mini Copywriting - Tuan Aqif Azizan

Saya mulakan tahun 2015 dengan ke kelas Bengkel Copywriting anjuran WTW.

Ketika itu emosi sangat terganggu. Hari sebelum ke kelas saya demam. Jadi saya mula terfikir untuk membatalkan niat untuk hadir ke kelas tersebut. Namun saya gagahkan juga semangat saya untuk datang ke kelas. Dan alhamdulillah. Bersyukur dapat berguru dengan Tuan Muda Aqif Azizan. Terima kasih tuan. Ilmu yang tuan berikan sebenarnya terlalu mahal.

Cerita semalam 7/2/2015 saya sambung entry baru.




Friday, January 30, 2015

Cita-cita dan harapan yang terpaksa dilepaskan

Kadangkala peluang baik yang datang kita sambut penuh keterujaan. Namun jika terpaksa dilepaskan kerana tanpa restu itu lebih baik.

Mungkin hati tercalar. Namun hajat itu akan disimpan dalam-dalam. Sampai suatu masa yang sesuai akan ku kejar semula. Tidak mungkin dilepaskan. Tunggu masa yang stabil dan sejahtera.

Ya Allah, Engkau Maha Tahu!


Wednesday, January 21, 2015

Harga Rumah

Melihatkan harga rumah...Allah..
Bila kira pendapatan tolak komitmen tolak saving...Allah...
Mampu kah?
Satu perkara yang saya belajar.
Buat bagi dapat.
Bak kata abah "Peluang tambah pendapatan tu banyak"
Mahu atau tidak saja untuk berusaha keras.
Jadi, berusahalah lagi Shikin.
Jangan malas.