Sunday, February 8, 2015

Program : Jutawan Dari Rumah. ' Bermula Kecil, Bermula Betul '.

Semalam (7/2/2015), saya ke kelas Bermula kecil, Bermula betul. anjuran Trutech. Saya pun tidak pasti apa yang membuatkan saya tergerak nak ke kelas beliau. Mungkin perasaan membuak-buak untuk keluar dari zon selesa membuatkan saya mendaftar kelas tersebut. Attraction saya tertumpu kepada Tuan Fazli Little Trees.

Saya bersyukur kerana saya direzekikan untuk hadir ke kelas mereka. Memang saat-saat akhir baru mendaftarkan diri. Dan diberitahu tempat sudah penuh. Hampa sekali. Awal subuhnya saya mendapat pesanan ringkas bertanya: "Boleh sahkan kehadiran?" Saya terus membalas "Sah, saya mahu hadir".

Kemudian Cik Hajar Yahya membalas butiran program tersebut. Saya lihat tarikhnya hari ini. Allah, terkejut amat. Terus saya bersiap-siap dan yang specialnya saya perlu drive sendiri. Jeng..Jeng..Jeng...

Tapi hati memang mahu pergi jadi saya terus je siap-siap dan minta izin suami. Sepatutnya semalam perancangan saya adalah " Misi mencari 30 Cinta"

Saya fikir, takpe saya bawakan juga 30 cinta saya di dalam kotak polistrin letak di belakang bonet kereta.
Sebab kelas akan berkahir jam 1.30, masih sempat untuk meneruskan misi.

Tanpa bertanya panjang pada suami bagaimana mahu ke kelas tersebut di Sutera Damansara. Saya hanya berbekalkan GPS. Dan terus drive.

Memang begitu mencabar apabila, jarang-jarang drive. Sangat jarang. jadi cabaran pertama saya ialah untuk sampai ke kelas. Dengan berbekalkan semangat yang waja tu, saya follow je cakap GPS. Memang ramai lah pemandu yang marah dengan kereta saya. Bawa macam siput dan sesuka hati meredah jalan raya. Selawat dalam hati banyak2.

Akhirnya sampai ke destinasi yang di bawa GPS. Ke kawasan perkilangan. Yeah!! Sah sesat barat.
Last sekali saya tukar GPS ke Petronas Damansara Damai.

Guna waze pula. Saya lebih sukakan penggunaan Waze. Kerana untuk pemandu seperti saya, waze sangat membantu. Lagi 800m dia sudah hint suruh belok. Lagi 200 m dia suruh belok. Dan bila sudah tiba tempat belok dia ulang-ulang suruh belok. Saya cakap dengan waze " Ye saya tengah belok ni"Rasa seperti bercakap dengan co-pilot tidak bernyawa. Hehehe.

Akhirnya tiba di Petronas Damansara Damai. Bateri sudah tinggal 3 bar. Nak nangis dah masa tu.
Kemudian saya keluar nak pinjam charger orang petronas dan nak tanyakan arah. Bila masuk saja saya sedang lihat ada seseorang yang sedang bertanyakan arah ke tempat yang sama juga.

Saya terus terkam dia. Bukan terkam peluk dia. Saya terus je panggil dia.
Me: Encik2, nak ke program itu ke?
Mr: Ye.
Me: Saya nak follow boleh. Saya tersesat juga.
Mr: Ok Jom.

Alhamdulillah.Selesai satu dugaan. dan akhirnya saya tiba.

Mula-mula tiba saya terpegun...Wahhhh!!!

Kelas dalam rumah. heaven sungguh.

Saya terlupa bagi salam. Saya ketuk pintu terus buka. Astaghfirullah. Sebab kawan saya tadi dah masuk tu yang saya berani buka. Hehehe.

Masuk2 saya terus minta maaf. Sebab Tuan CEO pandang saya dan kata nak kena rotan ni. Hehehe.

Saya terus rasa kemesraan seorang Guru dan muridnya.

Perkongsian hanya beberapa jam namun rasanya sungguh menyentapkan diri sendiri.

Saya tersentak dengan apa yang Tuan CEO Samad Kinto ajarkan. Walaupun ia sangat lah simple, adakah semua saya melakukannya. Jawapannya memang lah tidak. hehehe.

Banyak juga ilmu asa yang perlu saya asahkan supaya menjadi tabiat. Katanya, biarlah kita mulakan dengan betul supaya bila besar tidak lah cepat meletup.

Betullah tu. Bila asasnya kukuh insyaAllah rezekinya bertali arus. kata beliau lagi Bisness is Magic. Logik akal 1 x 1 = 1. Namun boleh jadi 1 x 1 = 10. Katanya lagi, kita perlu mengikut sunnah nabi kita iaitu berniaga.  So deep!

Beliau ajarkan banyakkkkk perkara-perkara asas untuk berjaya. Kagumnya saya terhadap beliau. Cuba lah kita bayangkan seorang driver, mat peon, pengutip sampah dan sebagainya boleh menjadi Jutawan?
Sungguh kagum! Allah Maha Besar! Saya rasa sangat malu dengan segala nikmat yang Allah beri yang jarang saya syukuri. Sedangkan Allah Maha Pemurah, Penyayang dan Pemakbul segala hajat.

Terima Allah. Terima kasih juga Tuan CEO Samad Kinto.

Kemudian semasa sesi Tuan Fazli Little Trees juga saya terkesima. Allah, sukanya!
Saya memang mahu sangat berguru dengan beliau. Saya kan pastikan saya akan sampai ke kelas beliau.

Saya yakin banyak benar Tuan Fazli ingin ajarkan. Keikhlasannya menyampaikan pesanan sangat menarik jiwa saya untuk kelas beliau dan menarik saya untuk berjaya seperti beliau.

Terima kasih Cik Hajar. Jika Cik hajar tidak Whatsapp saya sesubuh hari, tentu saya tidak berkesempatan ke kelas tersebut.

Ya Allah saya doakan setiap insan yang hadir di dalam diri ini, yang membantu diri ini dan yang ikhlas memberi perkongsiaan untuk melihat insan sepeti saya berjaya, saya doakan mereka dilimpahi rahmat dan rezeki yang bertali arus dari Mu. Engkau Maha Pemakbul Hajat.

Kami sudah mendapat ilmu, kami juga dijamu makan. Spesial Ikan Patin masak tempoyak dan Nasi Arab Ustazah. Allah, murah kanlah rezeki Tuan CEO dan Ustazah Wan Habsah.

Dapat pula cenderahati dari Tuan Fazli Little Trees. Terima kasih Tuan Fazli.
Alhamdulillah.