Saturday, February 21, 2015

What Happen to My Family - 1

[Cerita suka duka Tofu Shop]

Saya penggemar cerita Korea. Bila tengok cerita teringat pula pada room mate saya semasa saya tinggal di Kg Baru. Hari-hari layan cerita korea.

Hari ini saya nak ceritakan salah satu babak dalam cerita "What Happen to My Family". Ia menimbulkan inspirasi di hati saya.


Ayahnya adalah seorang pembuat tofu dan sudah mempunyai reputasi yang bagus di dalam industri tersebut. Anaknya Dalbong yang sering membantu beliau di kedai.

Satu masa ayahnya memberitahu seluruh keluarganya yang dia ingin bercuti bersama Miss Ko selama seminggu.

Oleh itu, beliau menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Dalbong untuk menguruskan kedai Tofu tersebut.

Sepeninggalan ayahnya pergi bercuti, Dalbong meneruskan perniagaan warisan ayahnya.

Kebiasaanya mereka akan mula merendam kacang soya daripada waktu malam. Bermula jam 3 pagi mereka sudah bangun untuk memproses pembuatan tofu. Pelanggan tetap kedai tofu ini akan datang ke kedai seawal jam 5 pagi untuk mengambil tempahan mereka. 

Suatu pagi, Dalbong telah terlajak tidur. Sedangkan dia telah kunci jam pada jam 3 pagi. Dia terjaga setelah dikejut oleh makciknya yang duduk serumah dengannya. Kata makciknya, ayah mu telefon pagi ini kerana salah seorang pelanggan nya yang bernama Seo telah pun berada di depan kedai untuk ambil tempahan biasa nya.

Dalbong tergesa-gesa bersiap ke kedai dan dapati kedainya telah dikerumuni oleh semua pelanggan-pelanggan tetap kedai itu.

Dalbong memohon maaf kerana terlajak tidur dan berjanji akan siapkan tempahan dalam masa 2 jam kemudian. 

 Dalbong pun memeriksa kondisi kacang soya yang telah direndamnya. Dan dia mula teringat pesanan ayahnya. Kacang ini tidak boleh terlebih rendam,  ia akan menerbitkan bau dan rasa yang boleh menjejaskan kualiti.

Namun kerana telah berjanji dengan para pelanggannya, maka Dalbong terpaksa menyiapkan tempahan tersebut dengan menggunakan kacang yang terlajak rendam tersebut.

Selepas 2 jam berlalu, En Seo yang mula-mula sampai ke kedi dan gembira melihat tempahan Tofu nya telah disiapkan. Dalbong dengan berat hati menerima hasil jualan tofu daripada En Seo sambil mengucapkan Good Luck kepada En Seo. 

Kemudian datang pula pelanggan kedua untuk datang mengambil tempahannya. Tiba-tiba En Seo datang semula ke kedai nya dan terus memarahi Dalbong kerana menipu dan menuduh Dalbong menggunakan kacang lama untuk menyiapkan tofu tersebut. En Seo memarahi Dalbong didepan kedai sambil membaling-baling tofu ke wajah Dalbong. Dalbong menerima kemarahan tersebut dengan redha.

Kedai tofu tersebut hanya bersebelahan sahaja dengan  kediaman Dalbong. Seluruh ahli Dalbong terkejut dan mula menenangkan En Seo dan menyatakan maafkan Dalbong kerana masih mentah di dalam perniagaan ini. En Seo pulang dan berhasrat tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke kedai tersebut setelah hampir 20 tahun menjadi pelanggan tetap kedai itu.



Dalbong berasa sedih tapi dia rasa sangaaat lega kerana dia tidak lagi menanggung rasa bersalah memberi tofu yang tak elok kepada pelanggannya.

Keesokan harinya Dalbong nekad ke kedai En Seo untuk memohon maaf dan cuba meraih kepercayaan daripada En Seo semula.

Dalbong datang membawa 2 tray tofu nya dan meletakkan di kedai En Seo dan terus memohon maaf kepada En Seo. Namun En Seo bertegas tidak mahu menerima. Dalbong mula melutut di depan En Seo supaya En Seo menerima semula. Bersungguh Dalbong cuba meyakinkan semula En Seo.

Tidak lama kemudian, En Seo menerima panggilan daripada Ayah Dalbong. Ayah Dalbong melihat kesungguhan anaknya itu dari kejauhan. Dia mula mengungkit segala kebaikan yang telah dilakukan semasa En Seo di dalam kesusahan suatu masa dulu. Dan meminta agar En Seo tidak membiarkan anaknya terus melutut di situ.

Akhirnya, En Seo menerima semula tofu daripada Dalbong.

Dalbong akhirnya pulang ke kedai dengan rasa gembira sekali.

Ayah Dalbong menghubungi Dalbong, pura-pura bertanya bagaimana keadaan kedai. Dalbong kata, jangan risau ayah. Dalbong the greatest ada menjaga kedai ini.

Ayahnya menasihatkan agar tidak melakukan kesilapan yang boleh menjejaskan kepercayaan pelanggan kepada kedai tofu itu.

Akhirnya ayahnya berkata " Ayah percayakan kamu Dalbong"

Dalbong berasa keyakinan nya mula meninggi apabila ayahnya berkata demikian.

Banyak pengajaran di dalam cerita ini. Best cerita ini. Selamat menonton.