Monday, March 28, 2016

Layan biola sat

I feel down today.
But i always believe that i will bounce back again.

Harini ada lagi appointment with Doktor.

Namun resultnya buat hati luluh sedikit. Saya percaya pasti ada hikmah yang Besar3.

This feeling make me remember HIM a lot.

Maka bermula lah episod diet dan exercise utk saya diusia ini.

If i want it the most, i should strive for it.

InsyaAllah. Allah Maha Perancang terbaik.

Wednesday, March 23, 2016

Boat Noodle

Kejadiannya semalam, 22/3/16.

Seperti biasa, petang2 lepas office hour je, tepat jam 5.30pm aku terus gerak naik LRT untuk ke British Council. Akan turun di LRT KLCC. Menyelinap masuk Avenue K jap cari makan.

Aku tawaf avenue K minggu lepas sambil tunggu suami ambil. Sejam juga la menunggu.
Sempat la tawaf seluruh AK. Ternampak kedai Boat Noodle. Aku pernah tengok sepupu aku review makan kat sini.

Katanya should try! So semalam berazam la nak try. Kelihatannya selalu penuh seat nya.
Semalam masa sampai tu, aku telah disambut oleh staff nya. Dan aku perlu share table dengan pelanggan lain.

Aku ok je, sebab sedang belajar jadi orang yang peramah and flexible. This character is good for sales person like me. Pertama sekali, ini kali pertama aku kat sini dan sangat tak tahu rasa untuk setiap menu.

Dalam kepala munkin tempat ni hidangan nya adalah pelbagai jenis noodle. Saya cuba jadi peramah denan orang lain di meja saya. Saya minta mereka cadangkan saya apa yang sedap dalam menu tu. Dan alhamdulillah, diorang pun peramah.

Diorang cadangakn untuk cuba itu dan ini. Saya order satu magkuk je noodle dan satu kopi panas.
Dan mereka tunjuk muka terkejut smbil kata, betui ke kak satu je. Cukup ke satu mangkuk?
Aku pun tunjuk balik muka terkejut dan kata, banyak mana nak makan. Satu cukup le. hahahaha

Kemudian sampailah apa yang diorder tadi. Baru faham kenapa deme terkejut.. Kecik nau mangkuknye. Sikit sangat mee nye. Rasanya boleh tahan. harga pun RM1.90 je. 

Patutlah murah.
Patutlah masa memula sampai tadi ada table yang bergunug-gunung mangkuk. Orang sebelah pun order 2-3 mangkuk juga.

Yang paling best duduk kat meja diorang ni, mereka pelawa aku cuba makan apa yang diorang order.
Best la kan. FREE. hehehehe.
Dan aku dah lambat ke kelas.

Hurmmmm.



   

Monday, March 21, 2016

Confidence




Tak Tahu

Bismillah.

Jika kita tak tahu jangan pula kita menempelak.
Jika kita tak pasti jangan pula kita mempertikaikan.
Duk diam-diam.

Kerinduan

Bismillah

hehe, seronok la pulak ada blog ni...mcm jakun je kan...sebenarnye dah lama tak update blog..hehe

Entah kenapa hari rasa rindu dengan zaman kanak-kanak,sekolah dan kolej...

Zaman kanak-kanak terasa mcm baru semalam berlalunya. Rutin saya zaman kanak-kanak pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam pi mengaji dengan tuan rumah yang merupakan Ustazah yang sangat berjasa kepada diri ini. Best tau mengaji dengan ustazah ini. Garang sangat. tapi baik hati. Cantik pula.
Masa kelas mengaji diajarkan tajwid, setiap hari khamis belajar berzanji dan marhaban. Untungkan. Walaupun dulu masa kecik selalu je merungut dalam hati, penatlah!! Sebenarnye pi mengaji mcm rasa pi tuisyen pulak. Sebab aku dah belajar dulu kat tempat mengaji baru aku dapat kat sekolah. hihihi...Terima kasih Ustazah.

Saya bersyukur sangat dan amat berterima kasih kepada kedua orang tua ku. Terima kasih sebab hantar aku mengaji dengan ustazah ini.

Masa kat sekolah malas cite sebab aku bukan budak pandai sangat. Cuma aktif je lah. Aktif sukan, nasyid. sampai cikgu sekolah bila jumpa mak aku, dia panggil mak aku mak penyanyi..kikikiki...

Naik ke sekolah menengah abah hantar aku sekolah kat kelantan. Rasa suka sangat duk jauh-jauh dengan keluarga. Sebab apa tau, sebab susah sikit mereka nak datang jumpa cikgu kat sekolah. hihihi..Aku paling fobia ma abah datang jumpa cikgu..takut!!

Ingat lagi masa tu bulan puasa masa aku mula-mula masuk asrama di Kelantan. Masa mereka nak balik dari hantar aku tu, aku siap lambai-lambai je. tak nangis pun. Sedangkan duk sorang-sorang kat kelantan. sedara mara mana ada. hihi..

Hari ketiga gi terawih kat masjid asrama, aku dah mula rindu kat rumah. rindu nak buka puasa dengan ma abah dan adik-adik. Masa semayang terawih tu aku nangis. Pastu lari naik kat tingkat atas Asrama A. Takde siapa yang berani naik atas tu sorang-sorang memalam. Sebab atas tu gelap gelita yang ada ampaian baju dan tangki air. Aku selamba je. Rupanya memacam cerita keluar lepas tu. kelakar pun ada. Diceritakan bila 31/8 je hantu-hantu tentera jepun berbaris kat atas. Aku siap tunggu lagi malam merdeka tu. Nak tau betul ke tidak. Mana ada. Ntah sape la yang buat cerita tu kan.

Hampir 7 tahun aku dikelantan. Best!! kat sinilah aku jumpa best friend aku Farisah. dari peralihan sehingga kini kami masih berkawan baik. kat sini juga aku jumpe Geng2 yang best Fatini Salwa dan Murni Mohd Nor. Sebenarnye ramai lagi.

shikin dan farisah

Tu tak cite zaman exasri lagi tu. tapi zaman tu mcm hipokrit sikitlah. Cuma kawan-kawan seangkatan sangat baik dan tegas. Jadi aku belajar lah sikit dari dorang semua. bukan senang tau. siapa nak tau silalah berada ditempat itu. Terima kasih Kak Husna, Nisa, Zaihan, Afrah, Zahidah dan Azah.


Masa form 6 aku dah pindah duk rumah sewa. Masa inilah aku kenal dengan Sazliana.hihi..Fatini Fauzi dan Asma Ibrahim. tidak lupa juga junior-junior aku yang lain iaitu Rosmani Ghazali dan ramai lagi. Kalau nak cite kat sini memang tak cukup muka surat.
Yang bestnye sampai ke hari ini semua ex-Maahadian ni masih berkawan baik walaupun jarang berjumpa dan bertanya khabar berita. Sememangnya bila teringat zaman sekolah, aku pasti semua akan rasa rindu nak ke sekolah itu semula. Pastinya semua akan dikenang di dalam doa-doaku insyaAllah.

They ask me why im blogging.

Saya suka beritahu dunia tentang segala DOA-DOA yang ingin disampaikan, kerana saya percaya, segala sharing dan kata-kata yang baik adalah DOA yang melantun2 untuk didengari alam semesta dan that is the secret of law of attraction.

Antara journal yang saya share adalah berkenaan hikmah-hikmah yang saya terima dalam setiap langkah kehidupan, pengalaman-pengalaman manis, tip-tip yang dipelajari dalam kelas-kelas yang saya hadiri dan kata-kata hikmah yang mampu memeberi inspirasi kepada semua pembaca. 

Saya bersyukur jika ruangan ini mampu memberi kebaikan dan manfaat kepada orang ramai. Kebaikan mampu datang dalam pelbagai cara samada melalui lisan, perbuatan dan tulisan.

Harapan saya adalah memberi inspirasi kepada ramai orang lain.

My beautiful sister's Graduation.

Alhamdulillah.

Tak sabar nak tunggu beliau balik Malaysia.
Saya percaya beliau akan kesibukan yang melampau nanti.
Something BEST yang saya nak share dengan dia nanti.

Hopefully it could be adik beradik collaboration? Jeng Jeng Jeng.

Tahniah Dr Hidayah.

Actually he was Leftenan Colonel. Hehe.




Wednesday, March 16, 2016

Perkahwinan sahabat di Ipoh.

Alhamdulillah,

Selesai majlis pernikahan dan perkahwinan salah seorang sahabat di dalam Persatuan.
Perkahwinan beliau nyata berbeza bagi saya dari sahabat2 yang lain. Jika sahabat lain naik taraf ke taraf isteri, namun beliau adalah isteri dan Datin kepada kami2 semua.

Peranan beliau tentu luar biasa.

Ya Allah,
Saya doakan beliau berbahagia sampai ke syurga.

Kami geng purple.

Tips Pengurusan Masa 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Harini saya merasai kepentingannya pandai menguruskan masa. Betul sangat dengan satu kata-kata yang saya terlihat di Facebook Productive Muslim.

Katanya : Just think about this: Wasting 2 hours per day = Wasting 1 month in a year!

Hari ini saya sangat sesali dengan masa-masa saya yang terbuang begitu saja. Saya telah menhadiri kelas di British Council sejak tahun lepas. Habit yang suka menangguh ke hari last minute ni membuatkan saya telah kerugian hampir 15 kelas daripada 60 kelas yang saya patut hadiri.

Sesal pendapatan tiada berguna.

Saya akan aplikasikan apa yang Abang Abu ada ajar pada kami mulai hari ini.
Walaupun telah hampir sebulan yang lalu Abang Abu telah memberikan tekniknya, saya masih tidak mengaplikasikannya di dalam kehidupan saya.

Kerugian di dalam menghadiri 15 kelas British Council telah menyedarkan saya.

Abang Abu ada ajarkan kepada kami tentang teknik menguruskan masa dengan betul. Melalui table yang diberikan beliau, sekaligus melatih minda untuk capai setiap apa yang dihajati.

Caranya amat mudah. Tips yang paling mudah adalah latih otak untuk capai setiap waktu solat 5 waktu pada awal waktu setiap hari.

Selepas tips ini telah berjaya, insyaAllah tips-tips untuk pengurusan waktu yang efisien akan mudah untuk dilakukan.

Selamat mencuba Shikin Yussof intan payung.


Tuesday, March 15, 2016

HKL mendung hari ini

Bismillah.

Hurm, kena marah dengan nurse baju biru hari ini. Dia marah sambil explain kenapa dia marah. Kemudian dia juga minta maaf pada saya terpaksa bersikap strict. Dia minta saya faham kenapa dia marah.

Saya akur dan terima marahnya. Saya akui silapnya dari saya. Sedikit terhibur lepas marah, minta maaf. hehe. comel nurse ni. Saya dah hilangkan kad temujanji. Nurse terpaksa cari fail saya.
Maafkan saya nurse. Janji tak buat lagi.

Pagi ni, awan sedikit mendung. Serba tak kena. Biasa setiap bulan mmg begini. Bila bulan purnama sampai, awan akan mendung semendungnya. Tambahan mendung jika perasaan terguris.
Sebagai manusia biasa, saya akan istighfar selawat sebanyaknya. Mengharap berdoa sebanyaknya pada Pencipta.

Hanya kepadaNya layak untuk mohon segala jenis pertolongan.

Monday, March 14, 2016

Srikandi Silat - FEMININ TV1 RTM



Assalamualaikum dan Selamat petang.

Alhamdulillah,

Semangat saya kembali segar bugar setelah melihat video ini.
Mana kan tidak?

Antara initipati yang saya perolehi dari kata-kata semangat untuk saya

Bina jati diri kita, cinta pada bangsa dan budaya bangsa kita khususnya pada agama Islam.

Perkataan "dipertanggungjawabkan"

Nak menghayatai atau tidak menghayati dan nak jadi pengamal atau tidak.
Nak berkecimpung atau tidak.

Dapat menyumbang kepada pembangunan jati diri anak bangsa.

Friday, March 11, 2016

Food truck trend masa kini


Masa ni nak pi Tabung Haji untuk cash kan duit.
Jumpa truck ini di laluan perjalanan.

Sebelum jumpa truck ini, ada satu kedai kopi dekat tepi je LRT.

Namun aku pilih untuk beli kopi di truck ini.

Sambil tunggu abang ini siapkan kopi, aku sempat berangan sekejap.

Bestnye kan jadi abg ni. Agaknya berapa la kutipan jualan dia hari-hari/ jam-jam.

Dan episod berangan aku pun lebih laju menerawang jauh ke angkasa.

Dan....

Adik kopi dah siap ni. Jangan lupa kacau ye.

Allah, sedapnya kopi dia.

Menjiwang karat

Bila terasa kekuatan hampir hilang, saya ingat pada kekuatan saya. Suami,Mama, Abah, Mak, Ayah dan semua yang saya sayang. Bila terasa kesabaran makin hilang, saya ingat pada mereka2 yang lebih tidak bernasib baik.

Kerana kesyukuran yang selayaknya diucapkan dalam semua keadaan.
Terima kasih untuk laluan yang sebenarnya beri pengalaman yang berharga tau.

katakatamutiara


"Aku tahu rezekiku tidak dimakan orang lain, karenanya hatiku tenang.

Aku tahu amalan-amalanku tidak mungkin dilakukan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengan beramal.

Aku tahu Allah selalu melihatku, karenanya aku malu bila Allah mendapatiku melakukan maksiat.

Aku tahu kematian menantiku, maka aku persiapkan bekal sebelum berjumpa dengan Rabb-ku."

(Imam Hasan Al-Basri ) #katakatamutiara