Wednesday, March 23, 2016

Boat Noodle

Kejadiannya semalam, 22/3/16.

Seperti biasa, petang2 lepas office hour je, tepat jam 5.30pm aku terus gerak naik LRT untuk ke British Council. Akan turun di LRT KLCC. Menyelinap masuk Avenue K jap cari makan.

Aku tawaf avenue K minggu lepas sambil tunggu suami ambil. Sejam juga la menunggu.
Sempat la tawaf seluruh AK. Ternampak kedai Boat Noodle. Aku pernah tengok sepupu aku review makan kat sini.

Katanya should try! So semalam berazam la nak try. Kelihatannya selalu penuh seat nya.
Semalam masa sampai tu, aku telah disambut oleh staff nya. Dan aku perlu share table dengan pelanggan lain.

Aku ok je, sebab sedang belajar jadi orang yang peramah and flexible. This character is good for sales person like me. Pertama sekali, ini kali pertama aku kat sini dan sangat tak tahu rasa untuk setiap menu.

Dalam kepala munkin tempat ni hidangan nya adalah pelbagai jenis noodle. Saya cuba jadi peramah denan orang lain di meja saya. Saya minta mereka cadangkan saya apa yang sedap dalam menu tu. Dan alhamdulillah, diorang pun peramah.

Diorang cadangakn untuk cuba itu dan ini. Saya order satu magkuk je noodle dan satu kopi panas.
Dan mereka tunjuk muka terkejut smbil kata, betui ke kak satu je. Cukup ke satu mangkuk?
Aku pun tunjuk balik muka terkejut dan kata, banyak mana nak makan. Satu cukup le. hahahaha

Kemudian sampailah apa yang diorder tadi. Baru faham kenapa deme terkejut.. Kecik nau mangkuknye. Sikit sangat mee nye. Rasanya boleh tahan. harga pun RM1.90 je. 

Patutlah murah.
Patutlah masa memula sampai tadi ada table yang bergunug-gunung mangkuk. Orang sebelah pun order 2-3 mangkuk juga.

Yang paling best duduk kat meja diorang ni, mereka pelawa aku cuba makan apa yang diorang order.
Best la kan. FREE. hehehehe.
Dan aku dah lambat ke kelas.

Hurmmmm.