Wednesday, March 16, 2016

Tips Pengurusan Masa 1

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.

Harini saya merasai kepentingannya pandai menguruskan masa. Betul sangat dengan satu kata-kata yang saya terlihat di Facebook Productive Muslim.

Katanya : Just think about this: Wasting 2 hours per day = Wasting 1 month in a year!

Hari ini saya sangat sesali dengan masa-masa saya yang terbuang begitu saja. Saya telah menhadiri kelas di British Council sejak tahun lepas. Habit yang suka menangguh ke hari last minute ni membuatkan saya telah kerugian hampir 15 kelas daripada 60 kelas yang saya patut hadiri.

Sesal pendapatan tiada berguna.

Saya akan aplikasikan apa yang Abang Abu ada ajar pada kami mulai hari ini.
Walaupun telah hampir sebulan yang lalu Abang Abu telah memberikan tekniknya, saya masih tidak mengaplikasikannya di dalam kehidupan saya.

Kerugian di dalam menghadiri 15 kelas British Council telah menyedarkan saya.

Abang Abu ada ajarkan kepada kami tentang teknik menguruskan masa dengan betul. Melalui table yang diberikan beliau, sekaligus melatih minda untuk capai setiap apa yang dihajati.

Caranya amat mudah. Tips yang paling mudah adalah latih otak untuk capai setiap waktu solat 5 waktu pada awal waktu setiap hari.

Selepas tips ini telah berjaya, insyaAllah tips-tips untuk pengurusan waktu yang efisien akan mudah untuk dilakukan.

Selamat mencuba Shikin Yussof intan payung.