Thursday, August 4, 2016

Tenang menghadapi realiti

Tenang menghadapi realiti,
Org yang tenang akan senang.
Tukar cara pandang kita terhadap ujian,
Melihat ujian dari musibah kepada berkah.
Ada sesuatu yang Allah nak ajari kita.
Tarik nafas,
Sedari nafas,
Rasai apa yang sedang dirasai,
Luahkan segala rasa di dalam diri,
Luahkan tanpa memalukan diri sendiri,
Luahkan secara sihat,
(solat, doa dan tulis journal segala perasaan, marah etc. ia perlu diluahkan)
Urus fikiran.
Jernihkan hati.
Secara automatiknya,fikiran dan perasaan akan tenang,
Kebahagiaan itu energinya tinggi.
Selain mendapat kekuatan daripada Allah, kita juga perlu berusaha melatih diri sendiri. Latih diri untuk mendapatkan energi yang tinggi ini dengan energi SYUKUR, TENANG & DAMAI.