Tuesday, October 18, 2016

Gotcha Nite

I've got new fulltime friend. Introducing Zaty and hanif also from Melaka Agency.
Ni mama angkat kami di KL. Mama Ira ( Tudung biru)
She also my senior from KYM.
He is somebody. Pernah menjawat jawatan Peguam, Pegawai Khas Menteri2, Pengurus Besar Naza and so many more. Woi, respect ini bro. Kalau orang yang berjawatan besar boleh turun buat kerja sales, ape kes ko Shikin? Wake up girl.
He shares his vision. Dan aku terpegun beb. 

Friday, October 14, 2016

Kisah Keperitan Helang.




Hari ni, Bos Yazik ceritakan kisah motivasi dari kisah Helang yang hebat berdasarkan kisah benar.
Hayat seekor Helang boleh menjangkau sehingga ke 70 tahun.
Kepantasan, ketajaman dan agresif nya Helang adalah sehingga umurnya 40 tahun.

Pada hayat 40 tahun, kukunya mula tumpul, paruhnya mula membengkok dan tidak lagi tajam serta bulunya juga semakin lebat. Bila begini keadaanya, Helang tidak mampu lagi terbang setinggi dulu. Dalam jarak yang rendah, helang tidak mampu untuk melihat rezekinya dengan baik.

Kemampuan Helang untuk menangkap mangsanya juga sudah tidak secekap dahulu. Kukunya tidak mampu memberi cengkaman yang baik dan mangsanya sering terlepas dari genggaman. Selain itu paruhnya juga sudah tidak setajam dulu. Helang tidak mampu lagi untuk mematuk mangsanya.

Untuk survive, helang akan memasuki gua untuk kembalikan keagresifannya.
Di dalam gua itu, Helang akan bermula dengan paruhnya. Paruhnya akan diketuk ke dinding gua sehinga pendek.

Selama 30 hari helang akan berada di dalam gua dan tidak makan. Paruh baru yang tajam akan mula muncul selepas 30 hari.  Setelah itu helang mula mencabut bulunya. Bulunya yang tebal dicabut untuk memastikan dia boleh kembali terbang setinggi dulu. 

Adegan berdarah ini tidak berakhir di situ.
Kemudian, dicabutnya pula kukunya untuk mendapatkan kuku yang tajam yang baru supaya dia mampu mencengkam semula.

Helang hebat yang baru yang berpengalaman sudah muncul. Kembalinya dia adalah lebih baik daripada helang yang baru. Kisah berdarah di atas adalah kisah survival.

Kejayaan itu datang bersama peluh usaha.
Sentiasa tajam memikirkan cara.
Selamat Berusaha dan berjuang. 
Perjuangan tamat seiring hela nafas terakhir. 

Thursday, October 13, 2016

FEAR

Apabila melihat lautan, aku menyelam perasaan sendiri.
Ye. Aku takut laut. Maksudnya aku takut berada di dalam lautan.
Kerana aku takut lemas. Aku tak pasti berapa dalamnya lautan ini.

Aku tak tahu bila saat yang kaki aku tidak lagi menjejak pasir pantai dan tenggelam.
Aku takut dihanyutkan ombak. Aku takut juga haiwan2 yang ada di dalam lautan yang boleh mengancam aku.

Namun, aku suka kan lautan. Tersangat suka. Dan aku pasti aku suka mandi laut.
Ketakutan2 aku yang aku sebut kat atas ni sebenarnye mampu hilang. Aku sudah pun kenal pasti apa yang menakutkan aku.

Jadi boleh aku overcome satu persatu dengan tindakan.
Sama saja ketakutan ini dalam mana2 bahagian dalam kehidupan kita.
Bila kita tahu dan ambil tahu apa yang kita takutkan, kita sepatutnya fikirkan apa pelan2 tindakan untuk conquer perasaan takut tu.

Dan lastly kena usaha buat tindakan tersebut.
hehe. Ok shikin. Good girl.

Rehat seketika

Subhanallah.
Indah pandangan mata dan jiwa terasa segar sekali.
Berhadapan lautan biru. Angin yang lembut menyapa.
Terasa hati bahagia dalam suasana sunyi begini.
Subhanallah. Terima kasih atas peluang ini Ya Allah.
Terasa jiwa selapang dan seluas awan dan laut yang terbentang di depan.
Ku kosongkan kepala dan jiwa yang sarat dengan harapan2 dan impian2.
Ku nikmati kedamaian ini.
Ya Allah. Terima kasih di atas ketenangan ini. Ampuni aku untuk setiap lalai ku.

Wednesday, October 12, 2016

Majlis perjumpaan & penyerahan perlantikan TP

Selain komited dengan komitmen yang diberi perlu bertangungjawab atas apa yang diberi.
Menangis dalam hati.
Atas dunia ni semuanya pasal buat, buat, buat dan istiqamah.
Dah buat yang terbaik ke Shikin?
Nangis lagi dalam hati.
Insaf.
Orang lain semua tengok depan. Suami aje tengok aku.

Khawlah Sakinah

Bila membaca nukilan hati sahabat, aku turut merasai kehilangannya.
Sungguh beliau permata pinjaman buat insan2 disisinya.
Kadang terasa tak mahu memikirkan tentang kehilangan.
Sedangkan semuanya pinjaman.
Tiada satu pun kepunyaan.
Sungguh aku masih kurang perhargaan.
Untuk seluruh insan2 kesayangan.
Bak kata Prof Muhaya:
Banyakkan penghargaan, pujian, pendengaran untuk insan2 yang kita temui.
Hargai seluruh kehidupan.