Friday, October 14, 2016

Kisah Keperitan Helang.




Hari ni, Bos Yazik ceritakan kisah motivasi dari kisah Helang yang hebat berdasarkan kisah benar.
Hayat seekor Helang boleh menjangkau sehingga ke 70 tahun.
Kepantasan, ketajaman dan agresif nya Helang adalah sehingga umurnya 40 tahun.

Pada hayat 40 tahun, kukunya mula tumpul, paruhnya mula membengkok dan tidak lagi tajam serta bulunya juga semakin lebat. Bila begini keadaanya, Helang tidak mampu lagi terbang setinggi dulu. Dalam jarak yang rendah, helang tidak mampu untuk melihat rezekinya dengan baik.

Kemampuan Helang untuk menangkap mangsanya juga sudah tidak secekap dahulu. Kukunya tidak mampu memberi cengkaman yang baik dan mangsanya sering terlepas dari genggaman. Selain itu paruhnya juga sudah tidak setajam dulu. Helang tidak mampu lagi untuk mematuk mangsanya.

Untuk survive, helang akan memasuki gua untuk kembalikan keagresifannya.
Di dalam gua itu, Helang akan bermula dengan paruhnya. Paruhnya akan diketuk ke dinding gua sehinga pendek.

Selama 30 hari helang akan berada di dalam gua dan tidak makan. Paruh baru yang tajam akan mula muncul selepas 30 hari.  Setelah itu helang mula mencabut bulunya. Bulunya yang tebal dicabut untuk memastikan dia boleh kembali terbang setinggi dulu. 

Adegan berdarah ini tidak berakhir di situ.
Kemudian, dicabutnya pula kukunya untuk mendapatkan kuku yang tajam yang baru supaya dia mampu mencengkam semula.

Helang hebat yang baru yang berpengalaman sudah muncul. Kembalinya dia adalah lebih baik daripada helang yang baru. Kisah berdarah di atas adalah kisah survival.

Kejayaan itu datang bersama peluh usaha.
Sentiasa tajam memikirkan cara.
Selamat Berusaha dan berjuang. 
Perjuangan tamat seiring hela nafas terakhir.