Thursday, October 13, 2016

FEAR

Apabila melihat lautan, aku menyelam perasaan sendiri.
Ye. Aku takut laut. Maksudnya aku takut berada di dalam lautan.
Kerana aku takut lemas. Aku tak pasti berapa dalamnya lautan ini.

Aku tak tahu bila saat yang kaki aku tidak lagi menjejak pasir pantai dan tenggelam.
Aku takut dihanyutkan ombak. Aku takut juga haiwan2 yang ada di dalam lautan yang boleh mengancam aku.

Namun, aku suka kan lautan. Tersangat suka. Dan aku pasti aku suka mandi laut.
Ketakutan2 aku yang aku sebut kat atas ni sebenarnye mampu hilang. Aku sudah pun kenal pasti apa yang menakutkan aku.

Jadi boleh aku overcome satu persatu dengan tindakan.
Sama saja ketakutan ini dalam mana2 bahagian dalam kehidupan kita.
Bila kita tahu dan ambil tahu apa yang kita takutkan, kita sepatutnya fikirkan apa pelan2 tindakan untuk conquer perasaan takut tu.

Dan lastly kena usaha buat tindakan tersebut.
hehe. Ok shikin. Good girl.