Sunday, July 16, 2017

Seminar Mastery Document kali ke-2 saya

Bismillah,

Harini kali ke-2 saya ke SMD. Content masih sama. Namun saya nampak ada improvement dimana2.
Harini saya dizass berkali2. Sentapan kalini makin dalam. Maka rasminya saya terus buat decision terbesar. Balik kelas terus call partner. Terus bagitau berdas2.

Rupanya, orang bisnes ni ada 3 jenis.

1. Pembuat - A - Z dia buat semua sendiri
2. Pengurus - yang menguruskan si pembuat
3. Pengusaha - idea generator

Pembuat ni, A to Z dia buat semua. Macamana tak letih beb. Semua nak dibuat sampai semua oppportunity banyak terlepas. Bila semua kita nak buat, rongga2 hotakmu tak sempat nak fikir segala jenis improvement untuk syarikatmu. Cuba bayangkan. jika semua benda kita nak buat, boleh bayangkan kapasiti untuk terima tempahan besar ke kecik?

Dan sebenarnya kami lah orang bisnes pembuat tu. hahahaha..

Pengalaman raya 2017 ni sangat fresh lagi. Dan kerana itu, dalam kelas SMD tadi saya gelakkan diri sendiri. Alhamdulillah. tahun ni, kami terima tempahan yang lebih berbanding tahun 2016. Samada tempahan cookies mahupun hamper raya.

Kelakar betul. Bila partner asyik terima je order, saya marah. Sedangan sepatutnya kena bersyukur kan. Belum tentu lepas raya kami akan dapat tempahan yang banyak sebegitu. Memang terus terang saya bagitau, Ramadhan saya berlalu terlalu pantas. Kami busy yang amat. Menyiapkan tempahan hamper yang menggunung bak Kinabalu.

Kami tiada staf. kami lah yang beli stok, kira stok, ambil order, buat hamper, masuk event, entertain agent, delivery, buat account, buat report. Hebatkan? Hebat sangat sehingga Ramadhan itu pun berlalu. Sedangkan saya sangat excited menantikan Ramadhan untuk KPI kan bacaan quran dan ibadah2 lain untuk diri sendiri. Sadis.

Saya sangka tahun ini, saya tak akan biarkan malam2 saya berlalu dengan kesibukan lagi. Memandangkan saya sudah resign dari majikan lama. Ternyata masih sama. What a life?
Ini bukan life yang saya mahukan. Saya masih ingat niat saya untuk resign. Terlalu suci niat itu. Maka 2017 ini, saya mahu merealisasikan niat suci murni itu.

Saya sudah kenalpasti. Kepenatan hidup begini tidak berbaloi sangat. Kami kena kongsi rezeki kami.
Tips untuk tambah rezeki, kena kongsi rezeki. Nak tambah rezeki kena tambah staf. nak tambah staf, kena tambah ilmu dulu. Masa untuk meredah2 ni limited sangat dah. Cukup2lah.

Sumpah penat jadi orang bisnes pembuat. Tapi kita gembira dapat lalu pengalaman2 lalu. Pengalaman itu penambah perisa dalam rencah hidup saya. InsyaAllah saya semakin matang. Harapnya saya cepat pandai dan cepat capai yang saya nak.

Sebab saya nak bantu orang lain pula.
Good Luck SCM GLOBAL SDN BHD.
  
Sorry. Ingat nak share tips yang diajar tadi. Terbebel lebih pulak.